Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kebakaran pasar Jurong: Pegerai akan dibantu cari kerja

Oct 17, 2016 | 09:52 AM



PEGERAI terjejas oleh kebakaran di pasar di Jurong West Street 41 akan mendapat bantuan dalam mencari pekerjaan dan seorang mentor bagi memahami keperluan mereka.



Pada Ahad (16 Okt), mereka dibenarkan masuk ke tapak kejadian buat kali pertama sejak kebakaran itu enam hari lalu, dan melihat tempat mereka mencari rezeki Blok 493 kini hanya tinggal rangka.



Kebakaran besar di Blok 493 dan sebahagian Block 494 pada pagi Selasa (11 Okt) itu memusnahkan mata pencarian pekerja di 51 gerai.



Anggota Parlimen GRC Jurong, Encik Ang Wei Neng, berkata beliau telah mengaturkan pameran pekerjaan di Kelab Masyarakat Jurong Green pada Khamis depan, yang akan memberi tumpuan pada peluang pekerjaan dalam sektor makanan dan minuman, termasuk pekerjaan di dapur.



Beliau juga telah memulakan skim mentor dengan seorang pemimpin akar umbi menjadi pendamping empat atau lima pegerai untuk mengetahui keperluan mereka dan melihat cara mereka boleh dibantu.



Encik Ang berkata bantuan bagi mereka yang tidak mempunyai simpanan, khususnya, yang mempunyai anak kecil, sedang dipertimbang.



Sebahagian pegerai menunjukkan minat pada langkah membantu mereka mengambil gerai lain di tempat lain, katanya. Mereka boleh mendaftar untuknya mulai hari ini.



Pembinaan semula pasar itu akan mengambil masa sekurang-kurangnya setahun, dan kerja merobohkannya mungkin bermula akhir minggu ini.



Seorang lelaki berusia 41 tahun , Lim Ying Siang, didakwa di mahkamah pada Sabtu (15 Okt) menyebabkan kebakaran itu.



Akhbar berbahasa Cina Shin Min Daily News melaporkan pada Ahad bahawa bapa suspek telah memohon maaf kepada pegerai terjejas, sambil berkata beliau tidak membesarkan anaknya dengan baik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >