Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kebakaran premis urus sisa di Tuas Crescent berjaya dipadamkan

Dec 11, 2019 | 11:44 AM



SERAMAI 130 ahli bomba dan 34 keadaan kecemasan telah dikerah untuk memadamkan api sebesar sekitar satu padang bola di 48 Tuas Crescent.



Dalam satu pos di Facebook, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata mereka telah dimaklumkan tentang kebakaran itu pada 6 pagi tadi (Rabu, 11 Dis) dan berjaya memadamkan api pada sekitar 10 pagi tadi.



Kebakaran tersebut, yang merangkumi premis pengurusan bahan sisa industri termasuk minyak dan bahan pelarut (solvents) merebak ke longkang-longkang berdekatan.



Semasa operasi tersebut, beberapa letupan dari dram besi yang menyimpan cecair mudah terbakar kedengaran.



Ahli bomba yang melawan api juga terpaksa menghadapi kepanasan sengit demi menghalang kebakaran daripada merebak ke tangki simpanan dan premis berhampiran.



Buih juga digunakan untuk menutup permukaan cecair mudah terbakar. Ini merupakan strategi pemadaman api yang lebih berkesan dalam kebakaran yang melibatkan cecair sedemikian, menurut SCDF.



"Pada kemuncak operasi, 10 jet dan tiga Mesin Bomba tanpa Pengendali telah digunakan untuk melawan api.



"Kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) juga digunakan untuk membantu anggota bomba dalam mengenal pasti kawasan di mana api paling dahsyat," dedah SCDF.



Mujur, tiada kecederaan dilaporkan. SCDF sedang menyiasat punca kebakaran tersebut.  



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >