Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kebakaran tambah kesempitan kewangan keluarga

SCDF: Siasatan sedang dijalankan
May 11, 2021 | 05:30 AM



BAK pepatah 'api kecil menjadi kawan, besar menjadi lawan', api yang menjilat hangus flat sewa yang didiami keluarga sembilan anak di Lengkok Bahru minggu lalu bukan sahaja menjejas persediaan bagi Hari Raya, malah menjadi satu lagi cabaran bagi keluarga itu di tengah-tengah pandemik ini.



Berkongsi kisah kejadian itu kepada Berita Harian (BH), penyewa flat itu Cik Sarifah Ramin berkata beliau percaya anak lelaki yang berusia enam tahun telah bermain mancis pada hari tersebut.



Selepas membakar sekeping kertas, kertas itu dijatuhkannya ke lantas, menyebabkan api merebak menjadi kebakaran besar.



"Kita tak tahu bagaimana anak saya dapat mancis tu. Mungkin dia kutip bila dia bermain dengan kawan-kawannya dekat bawah, lepas tu sembunyikan dalam rumah," kata Cik Sarifah, 31 tahun



Menambah, Cik Sarifah berkata beliau tidak memarahi anaknya yang dipercayai memulakan kebakarann.



"Nak marah pun macam mana? Dia masih kecil lagi. Bila ditanya, anak saya tu jujur dan cakap dia yang buat.



"Tapi kakaknya pula yang membela adiknya dan cakap, 'Maafkan saya mama, saya yang bakar rumah kita.''



Mujurlah, enam anaknya, yang berusia antara tiga tahun dengan 10 tahun yang berada di rumah semasa kejadian itu berjaya melarikan diri dan tidak mengalami kecederaaan, kata Cik Sarifah.



"Mereka kini baik-baik sahaja," kata Cik Sarifah.



Namun tiga ekor anak kucing yang dipelihara keluarga itu dipercayai terbunuh.



Menceritakan lebih lanjut mengenai kejadian itu, Cik Sarifah berkata beliau sedang menemui rakannya dalam jawatankuasa penduduk di blok bersebelahan apabila kejadian itu berlaku.



Suaminya Encik Zainori Daud, 35 tahun, baru sahaja keluar untuk membeli minuman di kedai berdekatan.



"Lepas suami saya beritahu saya dia nak keluar sekejap... belum sampai lima minit, tiba-tiba dari bawah saya dengar anak-anak saya menjerit ada api di rumah," katanya.



Menjawab pertanyaan BH, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata: "Pada 7 Mei 2021 sekitar 10.55 malam, SCDF terima laporan satu kebakaran berlaku di Blok 59, Lengkok Bahru.



"Kebakaran itu melibatkan isi rumah dalam sebuah unit di tingkat 11. SCDF memadamkan api dengan menggunakan jet air dan dua beg galas berisi busa udara mampat."



Ia menambah, 11 orang daripada unit terjejas itu sudah keluar sebelum SCDF tiba dan sekitar 15 orang daripada unit berdekatan telah dipindahkan oleh polis.



Tiada yang tercedera dan siasatan masih dijalankan, kata SCDF lagi.



Keluarga itu kini telah diberikan flat sewa baru di blok yang sama.



Cik Sarifah berkata hampir semua barang rumah mereka musnah.



Namun, ramai penduduk telah menghulurkan bantuan seperti memberikan barang keperluan, makanan, bahan masakan serta pakaian guna semula.



Ada yang telah menawarkan baju kurung baru bagi menyambut Aidilfitri kepada mereka.



Namun bagi ibu yang sudah berumah tangga kali kedua, Cik Sarifah berkata laluannya untuk memulakan hidup baru kini tidak begitu jelas buatnya dengan suaminya.



Sehingga sekarang, anak-anaknya sering bergaduh dan menyalahkan satu sama lain: "Engkaulah yang bakar rumah aku!" sering diulang oleh anak-anaknya, kata Cik Sarifah.



"Ada yang takut duduk dalam rumah keseorangan," ujarnya lagi.



Empat antara mereka yang masih dalam sekolah rendah kini pergi ke sekolah tanpa memakai seragam sekolah yang terbakar.



Kebakaran itu menambahkan keadaan kewangan sempit keluarga itu, kata Cik Sarifah, yang bertugas secara sambilan di pusat khidmat sosial.



Suaminya bertugas sebagai pencuci bangunan.



Menurut Cik Sarifah, pekerjaan beliau dan suaminya telah terjejas akibat pandemik, tanpa memberikan butiran lanjut.



Malah sebelum kebakaran itu, tiga anak kecilnya berusia tiga hingga enam tahun terpaksa dikeluarkan daripada tajaka kerana mereka gagal membayar yuran..



"Sekarang kita hanya fokus mahu bangkit semula dan untuk menguruskan anak-anak. Saya pun akan bantu suami untuk bekerja selepas mendapatkan rawatan lutut saya ini," kata Cik Sarifah lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >