Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kebakaran teksi sungai: Mayat pengemudi bot ditemui

Jul 14, 2016 | 09:49 AM



MAYAT pengemudi teksi sungai yang hilang setelah bot itu terbakar di Sungai Singapura pada petang Selasa (12 Jul) telah ditemui pada Rabu malam, umum Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dalam laman Facebook pada kira-kira 11.25 malam.



Ahli keluarga beliau telah dimaklumkan, tambah SCDF.



Syarikat dan kakitangan pengemudi itu mengenal pasti beliau sebagai Encik Ong Hock Long, 33 tahun. Beliau sedang mengemudi bot nombor 36 itu untuk mengambil penumpang dari perhentian Esplanade apabila kebakaran tersebut berlaku.



Beliau satu-satunya orang di atas bot elektrik itu semasa kejadian.



Cik Maria Louisa, 44 tahun, yang bekerja di kaunter tiket perhentian Merlion, berkata: "Saya nampak beliau terjun dari belakang bot itu. Bot lain menghampiri botnya dan seorang rakan sekerja mahu mencampak pelampung keselamatan tetapi beliau tidak timbul.



Merujuk kepada bot Encik Ong, beliau menambah: "Kami semua menunggu botnya kerana ia adalah gilirannya, tetapi ia bergerak perlahan-lahan."



Ong telah bekerja bersama perkhidmatan teksi sungai Singapura River Cruise (SRC) itu kira-kira tiga tahun.



Encik Heng Soon Seh, seorang kru tiket berusia 60-an tahun yang telah bekerja dengan SRC lebih 10 tahun, berkata bot dilengkapi jaket keselamatan.



"Setiap bot mempunyai alat pemadam api, kira-kira 30 jaket keselamatan, empat pelampung keselamatan dan kapten bot biasanya boleh berenang," katanya.



SCDF menyambung carian permukaan pagi Rabu selepas menamatkan pencarian dalam air pada tengah malam Selasa (12 Jul).



Kebakaran itu berlaku kira-kira 6.30 petang Selasa dan telah dipadam SCDF menggunakan dua jet air dari tebing sungai.



Agensi air negara PUB mengerahkan dua botnya dan tiga bot kontraktor untuk membantu dalam operasi mencari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >