Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kebakaran Tuas: Jawatankuasa siasatan akan dilantik

Feb 28, 2021 | 05:30 AM



SEBUAH jawatankuasa siasatan akan dilantik oleh Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo bagi kebakaran dan letupan maut di Stars Engrg Rabu lalu.



Tiga pekerja maut akibat kelecuran manakala lima dalam keadaan kritikal dalam kejadian itu, ujar Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam satu kenyataan semalam.



Jawatankuasa itu akan melakukan kajian menyeluruh terhadap faktor yang menyebabkan kebakaran dan letupan tersebut. Ia akan mengemuka beberapa saranan, termasuk dasar, peraturan dan keselamatan serta kesihatan di tempat kerja bagi mencegah kejadian serupa daripada berulang.



Jawatankuasa itu akan dipimpin seorang hakim daerah dengan dua penilai teknikal, dan prosidingnya akan diadakan di mahkamah terbuka.



Maklumat lanjut diumum minggu depan.



Kali terakhir siasatan dijalankan bagi kemalangan di tempat kerja ialah pada 2004 bagi menyiasat runtuhan Nicoll Highway yang mengorbankan empat orang.



Kebakaran di Tuas itu antara kemalangan di tempat kerja paling serius sejak beberapa tahun lalu, kata Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad, dalam satu lampiran pos Facebook semalam.



Beliau berkata Singapura telah membuat peningkatan ketara dalam keselamatan dan kesihatan di tempat kerja sepanjang 15 tahun lalu.



Misalnya, kadar kecederaan maut di tempat kerja jatuh daripada 4.9 setiap 100,000 pekerja pada 2004 kepada 1.1 setiap 100,000 pekerja pada 2019.



Namun, Encik Zaqy menegaskan perkara ini tidak boleh diambil sambil lewa.



"Meskipun kita telah mencapai kemajuan signifikan, insiden maut baru-baru ini membuktikan kita tidak boleh mudah berasa puas hati dan harus terus menjaga piawaian keselamatan tinggi.



"Kita tidak harus bersikap sambil lewa kerana setiap nyawa yang hilang merupakan kehilangan pencari nafkah dan orang yang dicintai.



"Saya ingin menggesa semua pihak berkepentingan dalam industri kita agar terus memperhatikan keselamatan di tempat kerja, sedang kita menghidupkan kembali ekonomi kita secara selamat di tengah-tengah pandemik (Covid-19) ini," kata beliau.



Menurut Encik Zaqy, MOM akan berkongsi keutamaannya bagi tahun mendatang pada perbahasan Jawatankuasa Pembekalan di Parlimen minggu depan, dan beliau akan menjelaskan usaha berterusan kementerian itu dalam memastikan amalan keselamatan baik di tempat kerja.




"Kita tidak harus bersikap sambil lewa kerana setiap nyawa yang hilang merupakan kehilangan pencari nafkah dan orang yang dicintai. Saya ingin menggesa semua pihak berkepentingan dalam industri kita supaya terus memperhatikan keselamatan di tempat kerja, sedang kita menghidupkan kembali ekonomi kita secara selamat di tengah-tengah pandemik (Covid-19) ini."
- Encik Zaqy Mohamad, Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >