Subuh
5:51
Syuruk
7:08
Zuhur
1:12
Asar
4:12
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

Kebanyakan hospital awam naikkan bayaran bagi khidmat kecemasan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Kebanyakan hospital awam naikkan bayaran bagi khidmat kecemasan

Bayaran kini $116-$132, berbanding $110-$126 sebelum akhir April lalu
Dec 17, 2021 | 05:30 AM

KEBANYAKAN hospital awam Singapura menaikkan bayaran bagi perkhidmatan kecemasan tahun ini, sebagai sebahagian daripada semakan yang dilakukan untuk menghadapi peningkatan kos.

Bayaran yang dikenakan bagi Unit Kemalangan dan Kecemasan (A&E) kini antara $116 hingga $132, berbanding antara $110 hingga $126 sebelum akhir April tahun ini.

Bayaran yang dikenakan itu merangkumi kos berjumpa doktor, serta penjagaan dan rawatan.

Ia juga termasuk ujian asas seperti air kencing atau tahap gula dalam darah, prosedur asas seperti membalut tempat yang luka, jahitan ringkas dan ubat-ubatan asas, menurut laporan The Straits Times (ST).

Menurut maklumat dalam talian, Hospital Besar Singapura (SGH), Hospital Universiti Nasional (NUH) dan Hospital Besar Sengkang mengenakan bayaran $121 bagi khidmat A&E tahun lalu, sementara Hospital Khoo Teck Puat (KTPH) mengenakan bayaran $122.

Kesemua empat hospital itu mengenakan bayaran $128 bagi khidmat sama.

Hospital Besar Changi (CGH) kini mengenakan bayaran $132 berbanding $126 tahun lalu.

Hospital Besar Ng Teng Fong (NTFGH) dan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH) kini mengenakan bayaran $127 berbanding $120 tahun lalu.

Harga khidmat A&E di Hospital Tan Tock Seng tidak berubah pada $128.

Di Hospital Alexandra (AH), pesakit kini dikenakan bayaran $116 bagi khidmat kecemasan, meningkat berbanding $110 tahun lalu.

Pusat Penjagaan Kecemasannya yang berkhidmat 24 jam mengendalikan kecemasan perubatan, namun bukan kes trauma seperti serangan jantung atau strok.

Hospital awam juga meningkatkan bayaran yang dikenakan bagi aspek lain termasuk ruang katil dan kos jumpa doktor.

Menurut Jurucakap Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS), ia meningkatkan bayaran yang dikenakan dalam wad, khidmat di klinik pakar dan Jabatan Kecemasan pada 28 April di NUH, NTFGH, AH dan Pusat Perubatan Jurong.

Katanya, semakan yang dilakukan itu merangkumi kos operasi dan inflasi.

"Institusi NUHS telah memastikan bayaran yang dikenakan tidak berubah sejak beberapa tahun lalu dan sebarang keputusan untuk menyemak semula bayaran yang dikenakan dibuat hanya selepas pertimbangan teliti bagi kesan terhadap pesakit," katanya.

Pesakit yang layak akan terus menikmati subsidi oleh pemerintah, dan skim bantuan tersedia bagi pesakit yang mengalami masalah kewangan, tambahnya.

Di SingHealth pula - yang mengendalikan SGH, CGH, KKH dan hospital di Sengkang - ketua pegawai kewangannya, Encik Sia Kheng Hong, berkata institusi itu telah menyesuaikan bayaran yang dikenakan kepada beberapa khidmat klinikal swasta dan bersubsidi dalam tempoh tahun ini.

"Ia merupakan sebahagian daripada semakan untuk mengimbangi perubahan dalam kos operasi, tenaga kerja, perubatan dan bekalan perubatan," katanya.

Bayaran hospital yang disemak itu disenaraikan di laman hospital itu.

Di bawah Kumpulan Penjagaan Kesihatan Nasional, KTPH meningkatkan bayaran A&E pada Mei tahun ini, sementara bayaran yang dikenakan TTSH tidak berubah sejak awal 2019.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3