Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Kebanyakan pegerai pusat penjaja NEA bayar lebih rendah apabila perbaharui sewa

Jul 07, 2021 | 05:30 AM



HAMPIR enam dalam 10 pegerai yang memohon untuk memperbaharui sewa mereka di pusat penjaja kendalian Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) menikmati sewa lebih rendah.



Ini berlaku dalam tempoh pembaharuan terkini dari April hingga Jun tahun ini.



Sewa itu berkurangan $30 hingga lebih $2,500 bagi 58 peratus daripada 341 pegerai makanan masak yang memperbaharui sewa mereka.



Sewa kekal tidak berubah bagi 37 peratus dalam kumpulan ini, sementara baki 5 peratus, atau 17 pegerai, perlu membayar sewa lebih tinggi antara $10 dan $300.



Menteri Negara Kanan Kemampanan dan Sekitaran Amy Khor memberi perangkaan itu Parlimen semalam, semasa menjawab soalan Encik Melvin Yong (Radin Mas).



Encik Yong ingin tahu apakah terdapat rancangan untuk memberi bantuan tambahan kepada penjaja yang terpaksa menutup kedai atau yang melihat perniagaan mereka merosot ketara disebabkan kelompok Covid-19 berdekatan.



Sejauh ini, pemerintah memberi pengecualian sewa selama tujuh bulan dan subsidi untuk kerja pembersihan selama lima bulan sejak April tahun lalu.



NEA berkata pada Jun bahawa pengecualian sewa selama lima bulan diperluas kepada sekitar 14,000 pegerai pasar dan makanan masak tahun lalu di kemuncak krisis Covid-19.



Penjaja layak juga akan mendapat bantuan kewangan $9,000 tahun lalu melalui Skim Bantuan Pendapatan bagi Individu Bekerja Sendiri (SIRS).



Selain itu, semua kenaikan sewa gerai penjaja dibekukan dari April tahun lalu hingga Mac tahun ini.



"Kami sedar bahawa sekecil mana pun kumpulan itu, mana-mana kenaikan sewa, walaupun telah dikurangkan, selalu sensitif, dan ini adalah masa mencabar," kata Dr Khor.



Penjaja yang memerlukan bantuan disebabkan kenaikan sewa tersebut meskipun setelah mengambil kira pengecualian sewa dua bulan terakhir dari pertengahan Mei hingga pertengahan Julai boleh menghubungi NEA.



Komen Dr Khor itu menyusuli perbincangan dalam talian bahawa NEA meningkatkan sewa gerai penjaja di kawasan bandar dengan kenaikan ketara.



Menjelaskan proses tender di 114 pusat penjaja kendalian NEA, Dr Khor berkata sewa disesuaikan berdasarkan penilaian profesional bebas yang menimbangkan faktor seperti bilangan pengunjung, saiz gerai dan keadaan pasaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >