Subuh
5:37
Syuruk
6:53
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:00
Isyak
8:09
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Kebanyakan pemilik flat HDB akan bayar cukai hartanah lebih tahun depan

HDB
Dec 02, 2021 | 05:30 AM

KEBANYAKAN pemilik flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) boleh menjangkakan pembayaran cukai hartanah lebih tinggi tahun depan kerana Penguasa Hasil Mahsul Dalam Negeri Singapura (Iras) akan menyemak semula nilai tahunan (AV) flat HDB sejajar dengan peningkatan dalam sewa pasaran.

Iras dalam satu kenyataan semalam berkata AV itu akan disemak ke atas sebanyak 4 peratus hingga 6 peratus, berkuat kuasa dari Januari tahun depan.

Ini merupakan sebahagian daripada semakan tahunan hartanahnya untuk mengira cukai hartanah yang perlu dibayar.

Dengan semakan dalam AV, semua pemilik yang juga penghuni flat satu bilik dan dua bilik tidak dikehendaki membayar cukai hartanah.

Cukai hartanah juga tidak perlu dibayar oleh 35 peratus daripada pemilik-penghuni flat tiga bilik.

Sekitar 65 peratus daripada pemilik-penghuni flat tiga bilik akan membayar antara $8 dengan $14 lebih tinggi setahun.

Penghuni pemilik flat empat bilik, lima bilik dan eksekutif akan masing-masing membayar antara $21 dengan $26 lebih tinggi cukai hartanah tahunan tahun depan.

Iras berkata ia memantau trend sewa pasaran untuk menentukan AV hartanah.

AV ialah anggaran sewa tahunan hartanah jika ia akan disewakan dan ia ditentukan berdasarkan sewa pasaran hartanah setanding.

AV flat HDB kekal tidak berubah sejak semakan terakhirnya pada 2017.

Bagaimanapun, tambah Iras, dengan kenaikan sewa pasaran flat HDB tahun ini, AV semua flat HDB perlu disemak ke atas mulai 1 Jan tahun depan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3