Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kebanyakan pemilik flat HDB perlu bayar lebih banyak cukai hartanah tahun depan: Iras

Dec 01, 2021 | 07:57 PM



KEBANYAKAN pemilik flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan boleh menjangkakan untuk membayar lebih banyak cukai hartanah tahun depan, kerana Penguasa Hasil Mahsul Dalam Negeri Singapura (Iras) akan menyemak semula nilai tahunan (AV) flat HDB sejajar dengan peningkatan dalam sewa pasaran.


Iras dalam satu kenyataan pada Rabu (1 Dis) berkata AV itu akan disemak ke atas sebanyak 4 peratus hingga 6 peratus, berkuat kuasa dari Januari tahun depan, dan bahawa ini adalah sebahagian daripada semakan tahunan hartanahnya untuk mengira cukai hartanah yang perlu dibayar.


Dengan semakan dalam AV, semua pemilik-penghuni flat satu bilik dan dua bilik tidak dikehendaki membayar cukai hartanah.


Cukai hartanah juga tidak perlu dibayar 35 peratus daripada pemilik-penghuni flat tiga bilik.


Manakala sekitar 65 peratus daripada pemilik-penghuni flat tiga bilik masing-masing akan membayar antara $8 dengan $14 lebih setahun.


Penghuni pemilik flat empat bilik, lima bilik dan eksekutif akan masing-masing membayar antara $21 dengan $26 lebih cukai hartanah tahunan tahun depan.


Iras berkata ia memantau trend sewa pasaran untuk menentukan AV hartanah.


AV ialah anggaran sewa tahunan hartanah jika ia akan disewakan dan ditentukan berdasarkan sewa pasaran hartanah setanding.


AV flat HDB kekal tidak berubah sejak semakan terakhirnya pada 2017.


Bagaimanapun, tambah Iras, dengan kenaikan sewa pasaran flat HDB tahun ini, AV semua flat HDB perlu disemak ke atas mulai 1 Jan tahun depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >