Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keberanian 10 pegawai Home Team dalam rusuhan Little India diiktiraf sempena Hari Kebangsaan

Aug 12, 2014 | 03:03 PM



SERAMAI 10 pegawai Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menerima Pingat Pujian semasa Anugerah Hari Kebangsaan kelmarin.


Lima pegawai SPF dan lima pegawai SCDF itu merupakan kumpulan pegawai pertama yang memberi respons apabila rusuhan Little India berlaku pada 8 Disember lalu.


Mereka telah diberi anugerah tersebut atas dedikasi mereka terhadap tugas dan keberanian yang dipaparkan.


Antaranya termasuk Penolong Superintenden (ASP) Johnathan Tang Wenhao, Inspektor Balai Kanan (SSI) (2) Akhbar Haji Ali, Leftenan Tiffany Neo Mei Shan dan Sarjan Muhd Syahreen Salleh.


Kesemuanya telah bekerjasama bagi mengeluarkan mayat seorang pekerja asing, mendiang Sakthivel Kumaravelu, yang terperangkap di bawah sebuah bas dan memastikan pemandu bas dan penjaga masanya selamat, meskipun berhadapan dengan bahaya dan cabaran.


SSI (2) Akhbar berkata beliau berasa terharu diberi anugerah tersebut.


"Anugerah ini bukan hanya bagi kami berlima. Pegawai lain yang berada di tempat kejadian malam itu juga layak menerima anugerah sebegini," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >