Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keberanian instruktor kembara semasa gempa bumi Sabah diiktiraf

Oct 19, 2015 | 04:17 PM



TINDAKAN berani Allahyarham Muhammad Daanish Amran menyelamatkan sekumpulan pelajar apabila gempa bumi menggegar Sabah 5 Jun lalu telah diberi pengiktirafan dalam satu majlis sebentar tadi.


Majlis Anugerah Pencapaian Belia Kebangsaan telah menyampaikan Anugerah Pencapaian Belia Kebangsaan (NYAA) Posthumus bagi Keberanian kepada beliau semasa majlis penyampaian Anugerah Emas NYAA ke-15 di Pusat Konvensyen Politeknik Singapore (SP).


Bapa Allahyarham, Encik Amran Mohammad Salleh, telah menerima anugerah itu dari tetamu terhormat Presiden Tony Tan Keng Yam.


Allahyarham, seorang instruktor kembara bersama Camp Challenge dan juga peserta Anugerah Emas NYAA, terkorban semasa beliau cuba menyelamatkan sekumpulan pelajar daripada dihempap batu-batu besar yang jatuh.


Seramai 29 pelajar dan lapan guru Sekolah Rendah Tanjong Katong telah ke Gunung Kinabalu bagi satu ekspedisi pendakian yang dipanggil "Omega Challenge" apabila kejadian itu berlaku.


Menteri Kewangan, yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat NYAA, Encik Heng Swee Keat, telah memberi pengiktirafan atas semangat beraninya dalam ucapannya di majlis itu.


"Meskipun beliau telah meninggalkan kita, kita akan sentiasa mengingati beliau sebagai seseorang yang periang, mesra dan lembut hati yang mengambil berat tentang orang di sekelilingnya," kata beliau.


Majlis NYAA turut menyampaikan Anugerah Emas kepada 171 belia.


Sejak diperkenalkan pada 1992, hampir 300,000 belia berusia antara 14 dengan 25 tahun telah menyertai Program NYAA.


Program tersebut bertujuan untuk melengkapi belia dengan mutu dan kemahiran peribadi yang dapat membawa kelainan pada diri mereka sendiri, masyarakat dan dunia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >