Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kebersihan pesawat dipertingkatkan

Feb 22, 2020 | 05:30 AM



SYARIKAT penerbangan setempat telah meningkatkan usaha dalam memastikan kebersihan di dalam pesawat.



Ini menyusuli permintaan yang semakin berkurangan daripada penumpang disebabkan penularan wabak koronavirus.



Beberapa langkah tambahan turut diambil pengendali kapal terbang seperti Singapore Airlines (SIA) dan Scoot di samping langkah kebersihan sedia ada seperti membersihkan tandas awam dan menggantikan sarung bantal dan selimut yang disediakan kepada penumpang.



Langkah tambahan itu termasuk menggunakan bahan penyahjangkit yang lebih kuat untuk membersihkan permukaan umum seperti tingkap dan meja dulang.



Menurut kenyataan SIA, ia juga telah membuat perubahan kepada khidmat dalam pesawat bagi mengurangkan hubungan antara penumpang dengan kru penerbangan.



Dalam pada itu, syarikat penerbangan Singapura itu turut mengambil langkah pengabutan di dalam kabin peswat yang tiba dari China.



"Ini akan mengambil masa sekitar 90 minit untuk pesawat A380 dan 60 minit bagi jenis pesawat lain," kata SIA.



Semalam, Menteri Pengangkutan, Encik Khaw Boon Wan dan Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Kesihatan), Dr Lam Pin Min, telah menyaksikan langkah tambahan kebersihan yang sedang dijalankan di atas pesawat A350 di Lapangan Terbang Changi.



Bercakap kepada wartawan selepas lawatannya, Dr Lam melahirkan rasa gembira melihat kededua SIA dan Scoot telah meningkatkan pembersihan dan sanitasi mereka daripada langkah biasa khususnya bagi penerbangan dari China.



Kata beliau, virus Covid-19 itu mempunyai kesan besar terhadap industri penerbangan, dengan lebih 80 peratus penerbangan antara China dengan Singapura dibatalkan kerana wabak tersebut.



"Kami sedar bahawa kebersihan adalah sesuatu yang sentiasa ada di dalam minda setiap penumpang, dan dengan melaksanakan beberapa langkah tambahan ini, ia memberi jaminan kepada penumpang serta kru penerbangan juga," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >