Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kebun masyarakat di asrama pekerja migran sokong diet pekerja

Juga pupuk hobi terapeutik bagi pertingkat kesihatan mental mereka di bawah perintah sekatan pergerakan yang ketat
Dec 30, 2021 | 05:30 AM



KEBUN masyarakat untuk menanam sayur dan buah di asrama pekerja migran akan membantu menyokong diet pekerja selain memupuk hobi terapeutik bagi mempertingkat kesihatan mental mereka yang masih di bawah perintah sekatan pergerakan yang ketat.



Ketua projek WeGarden Perikatan Sokongan Pekerja migran Covid-19 (CMSC), Dr Wong Han Teng, berkata pandemik ini telah meningkatkan lagi kebergantungan pekerja ini pada makanan katering.



Oleh itu, kebun dengan tanaman yang menghasilkan sayur dan buah segar ini boleh mempertingkat diet mereka.



Tambahnya, beliau juga berharap kebun itu dapat menjadi ruang yang selesa buat pekerja migran itu.



"Bagi kebanyakan pekerja migran ini, kampung halaman mereka dipenuhi kehijauan berbanding sekitaran bandar Singapura.



"Mereka mempunyai hubungan mendalam dengan alam semula jadi dan sering mencari ruang yang hijau di Singapura.



"Asrama (pekerja migran) di Singapura lebih bertujuan bagi kegunaan daripada sebagai kemewahan dan oleh itu, kami berharap kebun ini akan membuat sekitaran mereka lebih hijau," ujar zamil penyelidikan berusia 32 tahun itu.



Kebun masyarakat itu merupakan antara 42 projek yang akan mendapat pembiayaan menerusi kategori baru Sprout di bawah Dana Eko SG.



Geran itu berjaya menarik 110 permohonan di bawah kategori baru itu dan 42 projek Sprout yang terpilih akan menerima pembiayaan berjumlah sekitar $280,000 secara keseluruhan.



Selain projek WeGarden CMSC, sebuah lagi projek yang akan mendapat pembiayaan ialah program pendidikan alam sekitar yang bertujuan melatih dan membangunkan pemimpin pelajar di sekolah rendah.



Program Wira Pelajar dalam Pembangunan Kepimpinan Alam Sekitar atau Student Heroes in Environmental Leadership Development (Shield) bertujuan melaksana program pendidikan di 10 sekolah rendah sebagai sebahagian daripada satu program perintis agar menjadi sumber inspirasi bagi generasi muda dan mendidik mereka berhubung isu alam sekitar.



Program tersebut akan mengikut kurikulum Earth School Singapore, sekolah tidak meraih keuntungan pertama Singapura bagi pendidikan alam sekitar, dengan ekosistem pelbagai pertubuhan dan pakar alam sekitar yang berbeza.



Pengasas dan ketua eksekutif Earth School, Cik Cassandra Yip, berkata kesan kemampanan hanya boleh dicapai menerusi pengetahuan, rasa empati dan tindakan peribadi, dengan kesemuanya merupakan bidang yang pada dasarnya bermula dengan pendidikan.



Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, berkata beliau gembira dengan sambutan positif yang berterusan bagi Dana Eko SG.



"Kita semua boleh memainkan peranan menghasilkan bersama huraian untuk membantu merealisasikan Pelan Hijau Singapura 2030.



"Menerusi kategori baru Sprout di bawah Dana Eko SG, kami berharap dapat memperkasa lebih ramai individu dan kumpulan masyarakat agar bertanggungjawab terhadap alam sekitar kita.



"Tiada usaha atau idea terlalu kecil dan saya menggalak lebih ramai orang tampil dan memohon bagi dana tersebut," ujar Cik Fu.



Dana Eko SG bernilai $50 juta dilancarkan November tahun lalu oleh Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) untuk menyokong projek masyarakat berhubung kemampanan alam sekitar di Singapura, termasuk perubahan iklim dan pengurangan sisa.



Laporan lanjut: 42 projek dipilih terima biaya laksana usaha kemampanan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >