Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kebun 'tegak' S'pura terima pengiktirafan pertama dunia bagi sayur organik

Jun 12, 2019 | 05:30 AM



ORANG ramai yang membeli sayur dari kebun menegak pertama di sini, Sky Greens, boleh berasa yakin ia ditanam tanpa racun perosak atau baja buatan.



Ini kerana kebun berkenaan telah diiktiraf dengan piawai nasional pertama dunia bagi sayur organik yang ditanam dalam sekitaran bandar - dibangunkan di Singapura untuk menangani cabaran utama seperti keterbatasan ruang serta kos operasi yang tinggi.



Kebun menegak di Lim Chu Kang itu menghasilkan 500 kilogram tanaman termasuk sawi bunga, kai lan dan kubis Cina setiap hari.



Sayur itu dibungkus dan dijual secara eksklusif di pasar raya FairPrice Finest.



Penganjur Kumpulan Kerja Tanaman Asas Organik, Dr Ngiam Tong Tau, yang membangunkan Piawaian Singapura 632 (SS 632), berkata ini dapat mengisi jurang dalam pensijilan organik bagi kebun bandar.



"Amalan kebun organik semakin digunakan di seluruh dunia bagi kebun yang menggunakan tanah di padang terbuka.



"Namun kini, jumlah tanah suai tani semakin berkurangan dan lebih banyak kebun dibangunkan di kawasan bandar," kata Dr Ngiam yang juga pengerusi Sky Urban Solutions Holding yang mengendalikan Sky Greens.



Sky Greens memenuhi keperluan SS 632 bagi kegiatan berkebun secara berdaya tahan termasuk penyelesaian bagi Singapura yang mempunyai ruang terhad.



Menurut Sky Greens, mereka berupaya menanam 10 kali lebih banyak sayur berbanding kebun tradisional, menggunakan menara sehingga 9 meter.



Dalam pada itu, Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, yang berkunjung ke kebun itu semalam berkata, Agensi Makanan Singapura (SFA) juga akan membangunkan Piawaian Bersih-Hijau bagi kebun bermutu tinggi yang bukan organik sahaja.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >