Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kecederaan di tempat kerja akibat gelincir, sandung, jatuh meningkat: Zaqy

Jun 18, 2021 | 05:30 AM



KECEDERAAN di tempat kerja akibat tergelincir, tersandung dan terjatuh dalam industri makanan dan minuman (F&B) meningkat secara purata 12 peratus setahun dalam tempoh empat tahun sebelum pandemik.



Kecederaan tersebut juga merupakan punca utama kecederaan dalam sektor tersebut, kata Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia Zaqy Mohamad semalam.



Secara keseluruhan, kecederaan pekerja dalam sektor ini juga meningkat pada kadar purata sembilan peratus setahun dari 2016 hingga 2019.



Kadar tersebut kurang sedikit tahun lalu disebabkan banyak tempat kerja terpaksa tutup dek pandemik Covid-19.



Tahun lalu terdapat sebanyak 985 kecederaan di tempat kerja dalam sektor F&B.



Pada 2019 pula terdapat 1,167 kecederaan dalam sektor itu, dan 932 kecederaan pada 2018.



Trend tersebut menimbulkan keprihatinan dan perlu ditangani, kata Encik Zaqy semasa forum di alam maya bagi sektor tersebut yang dianjurkan Majlis Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja (WSH).



Katanya: "Keselamatan dan kesihatan yang baik di tempat kerja memang munasabah dalam perniagaan...tiada orang yang mahu bekerja dalam industri di mana berlakunya banyak kemalangan...



"Bagi pemilik, tempat kerja yang selamat dan tenaga kerja yang sihat bermakna produktiviti lebih tinggi, kurang masa yang hilang akibat cuti sakit, kakitangan dapat dikekalkan dengan baik dan kos dapat dikurangkan dengan mengelakkan dari pembayaran insurans premium bagi kecederaan di tempat kerja dari tuntutan kecederaan.



"Bagi pekerja, keselamatan di tempat kerja dan kesihatan di tempat kerja yang baik bermakna mereka dapat melindungi diri dan juga pendapatan mereka."



Kecederaan teruk akibat tergelincir, tersandung dan terjatuh merentas semua industri semakin meningkat.



Dalam tiga bulan pertama tahun ini terdapat 61 kecederaan teruk akibat tergelincir, tersandung dan terjatuh merentas semua industri, naik dari 37 insiden dalam tempoh sama tahun lalu.



Insiden tergelincir, tersandung dan terjatuh juga antara sebab utama kecederaan di tempat kerja yang tidak membawa maut, kata Encik Zaqy.



Untuk itu, kempen baru yang bertujuan meningkatkan kesedaran berkaitan kecederaan tergelincir, tersandung dan terjatuh ini telah dilancarkan semalam dan akan berlangsung selama setahun.



Ini merupakan kempen ketiga seperti itu sejauh ini dan merupakan kempen kedua yang dipimpin sektor khidmat makanan.



Menurut Majlis WSH, sasaran kempen tahun ini termasuk majikan dan pekerja dalam sektor F&B, logistik, pengangkutan dan pengurusan prasarana.



Ia mengenal pasti empat kawasan berbahaya di tempat kerja - tempat yang licin, cerun, tanah yang tidak rata dan kawasan berselerak.



Kempen tersebut akan mendorong syarikat membuat komitmen setahun untuk menguatkuasakan lima tindakan utama yang memerlukan mereka memperuntukkan masa demi memeriksa bahaya, membersihkan kawasan kerja dan berkongsi mesej keselamatan dengan pekerja secara kerap.



Lima tindakan itu adalah; memaparkan papan tanda amaran di kawasan yang mempunyai risiko tergelincir, tersandung atau jatuh, memakai kasut yang tidak licin jika ada lantai yang basah atau berminyak, memegang susur tangan di kawasan tanah tidak rata, mengemas kawasan, dan membersihkan tumpahan dengan segera.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >