Kecederaan di tempat kerja kurang 25% dalam 6 bulan pertama tahun ini, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:39
Syuruk
6:56
Zuhur
1:00
Asar
4:00
Maghrib
7:03
Isyak
8:12
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Kecederaan di tempat kerja kurang 25% dalam 6 bulan pertama tahun ini

Sep 29, 2020 | 05:30 AM

JUMLAH kes kecederaan di tempat kerja berkurangan hampir 25 peratus kepada 4,996 kes dalam separuh pertama 2020, kemungkinan disebabkan penggantungan sebahagian kegiatan di tempat kerja dari April hingga Jun akibat pandemik Covid-19.

Namun, terdapat 16 kes kematian di tempat kerja dalam enam bulan pertama tahun ini - hampir serupa dengan yang dicatatkan dalam tempoh yang sama pada 2019, iaitu 17 kes dan 2018, di mana 18 kes dilaporkan.

Perangkaan ini diumumkan oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam kenyataan bersama Majlis Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (WSH) semalam.

Menurut MOM, Majlis WSH telah mendekati industri untuk memulakan semula pekerjaan dengan selamat selepas tamat tempoh pemutus rantaian jangkitan menerusi e-forum industri, webinar dan kempen yang memberi nasihat kepada syarikat tentang langkah pengurusan selamat dan langkah WSH berjaga-jaga tambahan.

Pesuruhjaya bagi WSH dan Pengarah Divisyen bagi Divisyen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan MOM, Encik Silas Sng, berkata:

Halal Home Based Business
SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

"Sedang syarikat memulakan semula operasi, mereka tidak harus terburu-buru mengejar masa yang hilang. Syarikat telah melaburkan banyak usaha dan sumber menerusi langkah pengurusan selamat untuk memastikan tempat kerja dan tenaga kerja mereka selamat daripada Covid-19. Adalah tidak produktif jika kemalangan berlaku dan pekerja cedera serius."

Mengulas mengenai bilangan kes kematian yang hampir serupa dengan yang dialami dalam tempoh sama tahun lalu, meskipun sebahagian kerja digantung pada tahun ini, Penolong Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Melvin Yong, berkata:

"Saya menggesa syarikat mempertimbang melaksanakan program orientasi semula berstruktur bagi pekerja yang telah kembali bekerja, terutama di tapak kerja berisiko tinggi, dan melaksanakan kursus ulang kaji WSH bagi semua pekerja yang kembali bekerja agar keselamatan kekal utama dalam fikiran setiap orang," kata beliau.

Laporan lain: Kes tergelincir, terjatuh kekal punca utama kecederaan di tempat kerja

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map