Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kecewa lihat kerja ubah elok terbengkalai, buat aduan pada Case

Sep 15, 2022 | 05:30 AM



DUA syarikat ubah elok setempat yang dimiliki pemilik yang sama telah dinamakan dalam lapan aduan kepada Persatuan Pengguna Singapura (Case) kerana gagal menyelesaikan beberapa projek yang bernilai lebih $250,000.



Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH), Case berkata ia menerima satu aduan berhubung Naizz Hous Carpentry & Renovation Pte Ltd dan tujuh aduan bagi Homestylist Pte Limited antara 1 Januari dengan 22 Ogos 2022.



Nilai kontrak keseluruhan berhubung aduan-aduan tersebut adalah $266,740, kata Case lagi.



Presiden Case, Encik Melvin Yong, berkata:



"Secara amnya, pelanggan mengadu kerja ubah elok ditangguh atau dibiarkan tidak selesai meskipun mereka telah membuat bayaran deposit yang besar."



Polis, memberi respons kepada pertanyaan BH, turut mengesahkan lima laporan difail berkenaan kedua-dua syarikat itu atas kegagalan memenuhi syarat kontrak.



Tinjauan BH juga mendapati dua tuntunan terhadap Homestylist Pte Limited tahun ini serta lima tuntutan terhadap Naizz Hous sejak 2019 difail di Tribunal Tuntutan Kecil (SCT).



Kededua syarikat itu diuruskan oleh pengarah yang sama, iaitu Encik Helme Abdul Hamid, menurut rekod Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (Acra) yang dilihat oleh BH.



Beliau juga pemilik kededua syarikat tersebut.



Encik Helme, apabila dihubungi, berkata antara sebab beliau tidak memenuhi terma kontrak adalah kerana kekurangan kakitangan dan klien tidak melunaskan bayaran seperti yang dijanjikan.



Beliau juga mendakwa rakan perniagaannya tidak memberikan wang pendahuluan yang diterima daripada klien kepadanya untuk membiayai kos.



Baru-baru ini, Berita Harian (BH) telah bertemu lapan klien yang menempah khidmat Encik Helme sejak Oktober 2021.



Khidmat itu kebanyakannya adalah bagi kerja ubah elok rumah dan satu projek komersial dan mereka masing-masing telah membayar wang pendahuluan sehingga 60 peratus kos keseluruhan.



Pelanggan ini mendakwa mutu kerja yang dilakukan kurang memadai.



Mereka, yang telah meminta wang pendahuluan dipulangkan selepas kededua syarikat menangguh projek melebihi tarikh lengkap yang dipersetujui, berkata Encik Helme juga sukar dihubungi.



Justeru, mereka memutuskan tidak melunaskan bayaran.



Salah seorang pelanggan, Encik Alfred Fadli Khan Abdullah, yang mendapatkan khidmat Naizz Hous untuk mengubah elok hotel jagaan kucing di Vibes@East Coast di Telok Kurau Road, berkata kerja-kerja ubah elok masih belum lengkap walau selepas tarikh yang ditentukan, iaitu 21 Ogos.



Beliau telah membayar $27,700, atau 60 peratus kos keseluruhan sebanyak $30,000, kepada Naizz Hous untuk mengecat serta memasang saluran elektrik dan lampu.



Namun, sejak membuat tempahan pada Julai lalu sehingga 21 Ogos, hanya kerja-kerja mengecat telah dilaksanakan, kata Encik Alfred, yang telah membuat laporan polis.



"Disebabkan kejadian ini saya hilang sekitar enam pelanggan yang sudah menempah tempat tumpangan bagi haiwan peliharaan mereka," katanya.



Encik Alfred, yang telah memuat naik beberapa pos di media sosial memberitahu pengikutnya tentang kejadian itu, berkata beliau telah bertemu dengan Encik Helme pada hujung Ogos lalu untuk meminta wang depositnya kembali.



Encik Helme, ketika dihubungi, berkata beliau akan berbuat demikian "dalam beberapa hari."



Sehingga kini, Encik Alfred belum menerima wang itu daripada Encik Helme.



Satu kiriman teks oleh Encik Helme, yang dilihat BH, menyatakan selepas Encik Alfred menyiarkan pos itu, rancangannya untuk membayar balik wang deposit itu menerusi pinjaman bank gagal kerana syarikatnya "telah disenarai hitam oleh bank", dan beliau harus mencari cara lain untuk berbuat demikian.



Aduan berhubung syarikat ubah elok yang diterima Case telah bertambah.



Menurut Case, ia telah menerima lebih 750 aduan membabitkan kontrak bernilai $14 juta sejak 2020.



Kebanyakan aduan itu melibatkan kerja-kerja tertunggak selepas wang pendahuluan dibayar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >