Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kecil-kecil dah jadi 'pakar' foto

Nov 13, 2017 | 05:30 AM



USIA Harris Norzlan bakal mencecah 13 tahun bulan depan.



Namun pada usia semuda itu, remaja bertubuh kecil tetapi berbakat besar itu sudah pun memenangi peraduan fotografi menyaingi peserta dewasa.



Baru-baru ini, pelajar menengah satu Sekolah Menengah Greendale itu dipilih sebagai Naib Juara Peraduan Foto Meraikan Kepelbagaian anjuran Dewan Perniagaan British di Singapura.



Hadiah $300 dimenangi dalam peraduan bertemakan 'Bagaimana saya mampu mengubah dunia?' di laman Facebook.



Gambar yang dirakam menunjukkan keselesaan seorang cucu bergurau dengan datuknya sambil bermain dam di kolong blok kejiranan Tampines.



Ia tercetus daripada hubungan akrabnya dengan datuknya, Encik Manaf Mohd Taib, 67 tahun.



Takrifan 'kepelbagaian' Harris malah didapati pihak penganjur sebagai unik dan berbeza daripada peserta lain yang rata-rata menggunakan kerencaman kaum di Singapura sebagai subjek foto mereka.



Ketika ditemui Berita Harian (BH) semalam, Harris menyifatkan 'kepelbagaian' juga harus dilihat di luar skop hubungan antara kaum, malah boleh meliputi hubungan silang generasi.



Menyentuh tentang foto kemenangannya itu, Harris yang ke pejabat BH berkata:



"Berfikir secara mendalam sebelum merakam gambar adalah perkara yang saya selalu amalkan.



"Saya pastikan selain prihatin tentang warna dan cahaya, saya juga perlu memetik gambar yang menyampaikan sesuatu cerita atau pesanan tentang nilai yang boleh dijadikan teladan.



"Saya menjadikan hubungan mesra saya dan datuk sebagai pencetus ilham bagi foto ini. Datuklah teman bermain dan berbual. Tak ramai anak muda pentingkan komunikasi dengan datuk dan nenek mereka yang sudah berusia."



Harris, anak sulung dua beradik kepada Encik Norzlan Manaf, 41 tahun, dan Cik Safwati Mohamed, 40 tahun, mula bermain dengan kamera pada usia empat tahun, dibimbing ayahnya.



Harris kini memiliki sijil Piawaian Pentauliahan Jurugambar Junior pemberian Sekolah Rendah Edgefield dan syarikat Canon Singapore menerusi penglibatannya dalam Pesta Fotografi Kebangsaan.



Salah satu kenangan manis Harris adalah peluang bertemu isteri Putera Charles, Cik Camilla, Duchess of Cornwall, yang melawat Singapura, awal bulan ini.



Pertemuan sempena majlis meraikan pemenang peraduan dan tetamu terhormat lain itu berlangsung di Eden Hall, Nassim Road, yang merupakan kediaman rasmi Pesuruhjaya Tinggi Britain.



"Cik Camilla beri saya keyakinan kemahiran fotografi saya akan lebih baik jika saya lebih dewasa dan komited dengan hobi ini," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >