Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kedai buku MPH tutup 2 cawangan terakhir

Jul 12, 2019 | 02:55 PM



KEDAI buku MPH akan menutup dua cawangan terakhirnya di pusat beli-belah Raffles City dan Parkway Parade pada 28 Julai dan 1 September.



Kedai buku itu sudah pun dalam proses menghabiskan stok menjelang hari terakhir operasinya.



Menurut akhbar The New Paper, syarikat itu akan mengkaji lokasi lain untuk membuka satu cawangan namun tidak mendedahkan lokasinya.



Menurut MPH, kos sewa yang tinggi bagi dua cawangan itu serta persaingan hebat dengan syarikat e-dagang utama di Singapura mendorong mereka menutup kedua-dua kedai itu.



Namun, syarikat itu berkata mereka sedang melalui proses penyusunan semula dan memperkemas sumber bagi usaha perniagaan baru.



Mereka juga yakin kedai buku akan kekal relevan.



April lalu, rangkaian kedai buku dari Jepun, Kinokuniya, menutup cawangannya di Liang Court.



Bulan lalu pula, Popular menutup cawangannya di Thomson Plaza selepas beroperasi selama 31 tahun di sana.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >