Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT ANAK WATAN

Kedai buku 'secondhand' Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

Jan 19, 2022 | 05:30 AM



PAPAN tanda dalam bahasa Inggeris - Storybooks $2 each (Buku cerita $2 setiap satu) - memikat orang masuk ke dalam kedai buku Ana Bookstore.



Sejurus melangkah masuk, pengunjung dibawa kembali ke masa lalu ketika kedai buku terpakai antara tempat tumpuan penggemar buku di Singapura.



Sebut sahaja Bras Basah Road, mereka yang melalui zaman 1960-an hingga awal 1980-an pasti teringat kedai-kedai buku terpakai yang menjadikan kawasan itu tempat tumpuan ulat buku dan pelajar.



Bahkan, mereka membuat Bras Basah Road dikenali sebagai 'kawasan kedai buku terpakai', dengan buku terpaki dijual pada harga amat dimampui.



Zaman berubah, kawasan Bras Basah Road sudah dibangunkan, namun Ana Bookstore, antara tarikan di situ dulu, masih wujud dan menghidupkan semula kenangan silam itu di pusat beli-belah Far East Plaza.



Malah, pemilik generasi ketiganya, Encik Mohd Noorul Islam, berazam memastikan kedai buka terpakai seperti kedainya itu tidak lenyap ditelan zaman.



"Jika anda pergi ke serata Singapura, anda mungkin tidak dapat mencari kedai buku terpakai seperti ini lagi. Di Singapura, saya mungkin salah satu daripada hanya segelintir kedai buku terpakai yang masih beroperasi," katanya.



Encik Noorul Islam, 69 tahun, telah menjalankan perniagaan itu selama 40 tahun, sejak berusia 14 tahun.



Beliau mewarisi perniagaan itu, yang berasal di Bras Basah Road, daripada arwah bapa, yang mewarisinya daripada bapanya.



Menurut beliau, perniagaan itu dimulakan pada 1938 dan ketika itu dikenali sebagai Bras Basah Modern Bookstore. Ia terpaksa berpindah dari situ sekitar 1990-an apabila kawasan Bras Basah Road dibangunkan.



Nama kedai buku itu juga diubah kepada Ana, sempena nama ibu Encik Noorul Islam, Sultana.



Walaupun telah berpindah, beliau bersyukur masih mempunyai pelanggan setia hingga hari ini.



Encik Noorul Islam menyifatkan pelanggannya sebagai pendorong yang sentiasa memberinya semangat untuk meneruskan perniagaan itu, walaupun berdepan cabaran yang menyebabkan kebanyakan kedai buku terpakai gulung tikar.



"Mereka masih mencari saya untuk mendapatkan buku terpakai pada harga rendah, menjual buku yang mereka sudah baca, atau sekadar ingin bertanya khabar.



"Alhamdulillah masih ada permintaan bagi buku terpakai fizikal walaupun zaman sudah berubah dan ada orang telah beralih ke buku digital seperti e-buku.



"Sebelum Covid-19, saya juga mempunyai pelanggan dari luar negara yang mengunjungi kedai saya untuk membeli buku," ujarnya, sambil menambah bahawa pelanggannya termasuk beberapa orang ternama.



Biarpun kecil, kedai buku itu mempunyai koleksi sekitar 10,000 buku cerita, komik dan autobiografi yang sesuai bagi kanak-kanak hingga orang dewasa.



Bagi Encik Noorul Islam, setiap buku itu unik dan masih berharga walaupun ada daripadanya sudah berusia lebih 50 tahun.



Justeru, selagi dikurniakan kesihatan, beliau akan terus menjalankan perniagaan itu, ujarnya.



"Perniagaan ini sudah menjadi sebahagian besar daripada kehidupan saya dan kedai ini seperti rumah kedua saya, jadi saya akan meneruskan perniagaan ini selagi mampu," kata Encik Noorul Islam.



Skim StarHub bantu niaga kecil



TAHUN lalu, syarikat telekomunikasi StarHub melancarkan satu inisiatif bagi membantu perniagaan kecil kecil seperti Ana Bookstore.



Di bawah inisiatif Hari Perusahaan Kecil itu, StarHub menyediakan inventori pemasaran dan publisiti bernilai $6 juta secara percuma untuk menyokong perniagaan kecil, yang kebanyakannya mungkin sedang menghadapi kesukaran kerana pandemik Covid-19.



Antara kriterianya ialah perniagaan itu harus mempunyai kurang daripada 20 kakitangan.



Mereka yang berminat boleh mendaftar di laman https://www.starhub.com/personal/forms/small-business-day.html.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >