Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kedai gunting rambut milik warga emas alu-alukan pelanggan guna PayNow

Feb 20, 2023 | 05:30 AM



DENGAN lebih ramai orang, terutamanya anak-anak muda menggunakan kaedah pembayaran digital ketika berbelanja sejak beberapa tahun lalu, Cik Zainap Zainal Abidin merasakan sudah tiba masanya bagi beliau juga belajar kemahiran digital.



Ini setelah anak seorang pelanggan di kedai gunting rambut Haji Osnam di Blok 239 Yishun Ring Road, yang dimiliki beliau dan suami, memberikan saranan agar mereka menawarkan pembayaran melalui PayNow.



"Pada waktu itu, saya pun terfikir apa benda PayNow, PayLah ini. Tetapi setelah saya baca satu majalah, saya ternampak ada sesi pembelajaran mengenai perbankan digital di kelab masyarakat berhampiran rumah saya.



"Saya pun mendaftarkan diri untuk kursus satu hari itu untuk belajar tentang perbankan digital dan juga pembayaran seperti PayNow dan PayLah.



"Dan memang berbaloi sebab sekarang di kedai gunting rambut kami, memang ramai anak-anak muda tak bawa wang tunai. Ramai yang pilih bayar gunakan PayNow," kata nenek enam cucu itu.



Bahkan, Cik Zainap, 64 tahun, berkata beliau dan suami juga telah belajar cara menerima pembayaran melalui baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) yang boleh ditebus secara digital.



Beliau antara warga emas yang menyertai Pameran Bergerak Perjalanan Pembelajaran e-Pembayaran dan Data di Hab Warga Emas Nee Soon East di Yishun Street 22 pada Ahad, yang turut dihadiri Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo.



Menurut dapatan Tinjauan Persediaan Digital 2022, yang dijalankan Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI), sekitar 44 peratus warga emas berusia lingkungan 60-an tahun yang ditinjau mempunyai tahap kecekapan digital asas, atau lebih tinggi pada 2022. Ini lebih tinggi berbanding 28 peratus pada 2020.



Ini bermakna mereka dapat melakukan sekurang-kurangnya 13 tugas asas digital, seperti mengakses khidmat pemerintah menggunakan Singpass, membuat pembayaran digital menggunakan telefon bimbit bijak, dan membeli produk atau perkhidmatan dalam talian.



Malah, penggunaan teknologi kini sudah menjadi satu perkara biasa dalam kehidupan Cik Zainap.



Hasil bantuan anak-anak, beliau belajar cara membayar bil melalui perbankan digital dan membuat janji temu dengan doktor di poliklinik secara dalam talian.



Apabila makan di luar bersama rakan-rakan, Cik Zainap menggunakan PayNow atau mengimbas kod QR di kedai untuk membuat pembayaran secara digital.



Bahkan, beliau juga kini tahu berbelanja dalam talian, termasuk di Shopee dan Lazada.



Cik Zainap juga belajar cara mengenal pasti ciri-ciri mesej penipuan dari anaknya supaya terlindung daripada diperdaya.



"Memang ada rasa takut pada mulanya ketika kita baru belajar. Tetapi jika saya boleh lakukannya, sesiapa sahaja juga boleh melakukannya," ujar beliau.




"Saya pun mendaftarkan diri untuk kursus satu hari itu untuk belajar tentang perbankan digital dan juga pembayaran seperti PayNow dan PayLah.



...Memang ada rasa takut pada mulanya ketika kita baru belajar. Tetapi jika saya boleh lakukannya, sesiapa sahaja juga boleh melakukannya."



- Cik Zainap Zainal Abidin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >