Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kedai gunting rambut nadi penting sebar mesej antidadah

Nov 13, 2018 | 05:30 AM



SALAH seorang pekerja Encik Giman Kairoman yang bertugas di kedai gunting rambutnya pernah berhadapan dengan masalah dadah tahun lalu.



Hal itu hanya diketahui semasa Encik Giman membersihkan salah satu tempat menyimpan barang dan terjumpa beg milik pekerjanya itu.



"Saya buka begnya dan terjumpa pil dan kata pekerja saya yang lain, itu pil kuda.



"Sebab itulah agaknya dia boleh kerja dalam tempoh yang lama tanpa masalah.



"Kebetulan pekerja itu telah saya berhentikan lebih awal sebelum itu akibat masalah jadual datang kerja," ujar pemilik kedai gunting Barber Shop Pauls dan Mr Snippers itu lagi.



Encik Giman, 57 tahun, merupakan salah seorang daripada sekitar 30 tukang gunting yang hadir dalam satu sesi penglibatan sukarelawan sebagai sebahagian daripada kempen Dadah Itu Haram (DIH), di Masjid Sultan Jumaat lalu.



Dalam sesi tersebut, golongan tukang gunting berkongsi dengan tetamu terhormat Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik Amrin Amin, pandangan mereka tentang isu berkaitan dadah.



Ia termasuk sekiranya mereka berhadapan dengan pelanggan yang menghadapi masalah tersebut.



Seorang lagi tukang gunting, Encik Nor Muhammad Faiz Ismail, 26 tahun, berkata beliau kini bercadang menyalurkan pelanggan yang menghadapi masalah dadah kepada agensi yang relevan.



"Sekiranya ada yang berkongsi dengan saya, sudah pasti saya akan berbual secara baik dengannya, dan selepas itu nasihatkannya untuk mendapatkan bantuan.



"Malah, saya sendiri sanggup bantu salurkannya kepada agensi yang relevan," tambahnya.



Menurut Encik Amrin, kedai gunting di serata negara ini merupakan tempat masyarakat berkumpul dan boleh menjadi nadi penting untuk menyebarkan mesej anti dadah.



"Kita sedang melangkah ke fasa kedua kempen ini di mana kami ingin ajak semua agar lebih proaktif dalam sama-sama berjuang menentang dadah.



"Dalam sesi hari ini, kami berikan mereka (tukang gunting) perkongsian tentang apa yang kami lakukan, bagaimana mengenal pasti mereka yang bermasalah, dan kepada siapa untuk salurkan golongan sedemikian.



"Kami juga mengagihkan poster tentang kempen antidadah," ujar Encik Amrin.



Sejak pelancaran kempen DIH pada April 2017, sekitar 50 kedai gunting telah melahirkan hasrat menyokong usaha menentang dadah.



Diminta memberikan pandangannya tentang keseluruhan DIH sejak kempen itu dimulakan, Encik Amrin berkata respons yang diberi amat memberangsangkan, terutamanya daripada sukarelawan selain syarikat yang turut terlibat.



"Namun lebih banyak yang masih boleh kita sama-sama lakukan.



"Sebaik mungkin, kami akan memastikan seluruh negara ini dapat sama-sama tingkatkan kesedaran ramai dan membasmi gejala dadah ini," jelasnya.



Di sesi itu juga, selebriti setempat Sufi Rashid turut hadir untuk sama-sama memberikan sokongannya kepada kempen tersebut.




"Kita sedang melangkah ke fasa kedua kempen ini di mana kami ingin ajak semua agar lebih proaktif dalam sama-sama berjuang menentang dadah. Dalam sesi hari ini, kami berikan mereka (tukang gunting) perkongsian tentang apa yang kami lakukan, bagaimana mengenal pasti mereka yang bermasalah, dan kepada siapa untuk salurkan golongan sedemikian."
- Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan) Encik Amrin Amin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >