Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kedai kejiranan main peranan penting penuhi keperluan penduduk

HDB
Feb 15, 2021 | 05:30 AM



KEDAI-kedai runcit di kejiranan HDB terus berperanan penting bagi memenuhi keperluan penduduk, meskipun sebahagian besar penduduk kini membeli-belah di dalam talian, kata agensi perumahan itu.



Sekitar empat daripada 10 penduduk HDB telah melakukan pembelian di dalam talian menerusi laman web dan aplikasi bimbit pada 2018.



Sebahagian besar penghuni sedemikian pula tinggal di flat empat bilik atau lebih besar, lebih muda - berusia 45 tahun dan ke bawah - dan biasanya berkeluarga dengan anak-anak kecil, kata agensi perumahan negara itu, menukil hasil tinjauan yang dilakukannya.



Tinjauan Sampel Isi Rumah 2018 itu dilakukan HDB setiap lima tahun, antara lain untuk mengenal pasti trend-trend baru di kalangan penduduk.



Menurut HDB, hampir separuh daripada penghuni HDB yang berbelanja di dalam talian berkata mereka telah mengurangkan berbelanja di kedai-kedai runcit HDB.



Sebahagian kecil pula berkata mereka tidak pernah berbelanja di kedai-kedai HDB.



"Permintaan bagi membeli-belah di dalam talian terus menunjukkan trend yang meningkat, berlatar pandemik Covid-19," kata HDB.



Namun, HDB berkata ia akan tetap memberi sokongan kepada kedai-kedai di kejiranan untuk merancakkan perniagaan dan menambah daya saing mereka.



Ini dilakukan menerusi skim-skim seperti Penyegaran Semula Kedai-Kedai (ROS) untuk mempertingkat kawasan yang dikongsi di bandar-bandar HDB dan pusat kejiranan.



"Peniaga di kawasan kejiranan juga telah digalak supaya mendakap pendigitalan, supaya dapat mengikuti trend beli-belah di dalam talian dan mula menggunakan bayaran elektronik," kata HDB.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >