Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kedai kejiranan perlu buat penyesuaian ikut trend niaga

Jun 30, 2022 | 05:30 AM



LEBIH 2,800 penduduk, pengendali kedai, pekerja dan peniaga telah berkongsi idea tentang bagaimana untuk memastikan kedai kejiranan kekal relevan menerusi Kajian Kedai Kejiranan - satu tinjauan kendalian Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), Enterprise Singapore (ESG) dan Kumpulan Strategi Pejabat Perdana Menteri (PMO).



Pemerintah sedang meneliti maklum balas yang diterima dari peserta dan bakal mengeluarkan dapatan serta saranannya dalam beberapa bulan mendatang, lapor akhbar The Straits Times (ST).



Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, menyatakan demikian dalam acara Sidang Puncak Perusahaan Kejiranan Singapura.



Beliau berkata beberapa peserta telah menyarankan lebih banyak sokongan diberi kepada kedai berkenaan dalam bidang pendigitalan, pemasaran serta penganjuran acara di kawasan tertentu supaya kedai kejiranan dapat menjadi lebih produktif dan menarik.



Dilancarkan tahun lalu, tinjauan itu bertujuan mengumpul pandangan daripada rakyat Singapura berkenaan bagaimana kedai tersebut dapat berinovasi, namun terus mengekalkan ciri-ciri uniknya.



Encik Lee berkata meskipun Covid-19 telah menjejas kedai kejiranan sejak dua tahun lalu, perniagaan tersebut akan menghadapi cabaran yang melangkaui pandemik, iaitu untuk menyesuaikan diri kepada trend perniagaan baru kerana keperluan dan keselesaan pembeli kian berubah.



Beliau menambah: "Selain pandemik, lebih ramai pembeli juga lebih selesa membeli-belah menerusi wadah perdangan eletronik, atau lebih suka pusat beli-belah moden.



"Kedai kejiranan kita perlu menyesuaikan diri dengan trend-trend ini, supaya mereka kekal relevan dan menarik."



Kedai kejiranan memainkan peranan istimewa dalam masyarakat setempat seperti membantu mengeratkan hubungan sosial di kejiranan atau menawarkan pekerjaan kepada warga emas serta golongan lain yang perlu bekerja dekat dengan rumah mereka, ujar Encik Lee lagi.



Meskipun usaha membuat penyesuaian kepada sekitaran perniagaan baru tidak selalu mudah bagi mereka, beberapa kedai kejiranan telah berjaya berbuat demikian, bahkan memperluas perniagaan mereka di luar negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >