Kedai kopi dan kantin akan mempunyai tiga pilihan mulai Isnin (7 Mac) tentang bagaimana langkah pengurusan keselamatan Berdasarkan Status Vaksinasi (VDS)akan dilaksanakan bagi mengawal kumpulan sehingga lima orang yang divaksin memasuki premis mereka.
Pilihan itu adalah VDS berdasarkan kawasan, VDS berdasarkan masa dan VDS berdasarkan masa serta kawasan, kata Menteri Negara Kanan bagi Kemampanan dan Sekitaran, Dr Amy Khor dalam satu catatan pos pada Ahad.
Bagi VDS berdasarkan kawasan, kedai dan kantin akan perlu mengepung kawasan khusus dan melaksanakan kawalan akses serta pemeriksaan status vaksinasi bagi pelanggan yang mahu menjamu selera dalam kumpulan sehingga lima orang.
Pengendali kedai kopi dan kantin yang mahu melaksanakan pilihan VDA baru, perlu membuat saranan untuk diluluskan oleh Agensi Makanan Singapura (SFA) bagi memastikan langkah secukupnya dilaksanakan bagi melindungi kesihatan awam.