Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kedai kopi, kantin boleh pilih prosedur VDS kawal pelanggan

VDS
Mar 07, 2022 | 05:30 AM



KEDAI kopi dan kantin akan mempunyai tiga pilihan mulai hari ini tentang bagaimana langkah pengurusan keselamatan Berdasarkan Status Vaksinasi (VDS) akan dilaksanakan bagi mengawal kumpulan sehingga lima orang yang divaksin memasuki premis mereka.



Pilihan itu adalah VDS berdasarkan kawasan, VDS berdasarkan masa dan VDS berdasarkan masa serta kawasan, kata Menteri Negara Kanan ( Kemampanan dan Sekitaran), Dr Amy Khor, dalam satu catatan pos pada Ahad.



Bagi VDS berdasarkan kawasan, kedai dan kantin akan perlu mengepung kawasan khusus dan melaksanakan kawalan akses serta pemeriksaan status vaksinasi bagi pelanggan yang mahu menjamu selera dalam kumpulan sehingga lima orang.



Pengendali kedai kopi dan kantin yang mahu melaksanakan pilihan VDS baru, perlu membuat saranan untuk diluluskan oleh Agensi Makanan Singapura (SFA) bagi memastikan langkah secukupnya dilaksanakan bagi melindungi kesihatan awam.



Menurut Dr Khor, langkah ini merupakan hasil beberapa pusingan rundingan aktif dengan pengendali serta pihak persatuan untuk mencari huraian kepada isu tenaga kerja dan cabaran operasi untuk melaksanakan pemeriksaan vaksinasi.



"Kami telah mengadakan beberapa dialog dengan pengendali kedai kopi dan telah mendengar maklum balas mereka tentang cabaran tenaga kerja dan cabaran operasi yang masih dihadapi oleh ramai untuk melaksanakan pemeriksaan vaksinasi untuk keseluruhan premis.



"Disebabkan susunan kedai kopi yang terbuka dan sukar dikawal selia, ia mungkin lebih mencabar bagi mereka untuk melaksanakan VDS secara keseluruhan, berbanding dengan kedai-kedai makanan lain," kata Dr Khor dalam satu catatan di Facebook semalam.



Di bawah VDS baru itu, kedai kopi dan kantin akan diberi pilihan untuk melaksanakan satu daripada tiga cara berlainan untuk menempatkan kumpulan sehingga 5 orang yang telah divaksin sepenuhnya, untuk menjamu selera di premis mereka.



Antara pilihan ini termasuk melaksanakan VDS yang dihadkan dengan kawasan, VDS yang dihadkan dengan masa serta VDS yang dihadkan pada masa dan kawasan.



Mengulas dengan lebih lanjut tentang langkah VDS ini, Dr Khor berkata pilihan-pilihan tersebut akan memberikan fleksibiliti bagi operasi perniagaan tanpa menjejas keselamatan pelanggan dan keperluan VDS semasa.



"Sebagai contoh, beberapa pengendali telah berkongsi bahawa pemeriksaan VDS adalah paling kritikal pada waktu sibuk pada sebelah petang apabila lebih ramai anggota keluarga menjamu selera di kedai kopi dan juga lebih cenderung untuk mengunjungi gerai seperti Zi Char dan Mookata," jelasnya.



Walaupun terdapat pilihan untuk melaksanakan VDS, Dr Khor tetap menekankan bahawa kedai kopi atau kantin tetap harus mengawal akses dan mengekalkan sistem di tempat masuk kawasan atau premis yang ditetapkan untuk tujuan pemeriksaan vaksinasi selaras dengan keperluan semasa.



Sejak 23 November tahun lalu, sebanyak 162 kedai kopi dan kantin telah berjaya melaksanakan pemeriksaan untuk status vaksinasi di premis mereka.



Pengendali yang berminat melaksanakan salah satu daripada tiga pilihan VDS yang ada, harus mengemukakan cadangan kepada Agensi Makanan Singapura (SFA) untuk pemeriksaan untuk memastikan bahawa langkah yang mencukupi telah dilaksanakan untuk menjaga kesihatan awam.



Setelah diluluskan, pengendali dikehendaki mempamerkan papan tanda dan poster untuk memberitahu pelanggan dengan jelas tentang VDS yang dihadkan di premis mereka.



SFA akan terus menjalankan pemeriksaan untuk memastikan keperluan VDS dipatuhi dengan ketat.




TIGA PILIHAN VDS UNTUK PENGENDALI KEDAI KOPI



PILIHAN 1 - VDS YANG DIHADKAN PADA KAWASAN



  • Kedai kopi dan kantin boleh memperuntukkan kawasan tertentu, serta melaksanakan kawalan akses dan pemeriksaan vaksin di kawasan yang ditetapkan ini, untuk lima orang menjamu selera. Di luar kawasan tersebut, hanya dua orang dibenarkan makan bersama di kawasan yang tiada pemeriksaan vaksinasi oleh kakitangan.

PILIHAN 2 - VDS YANG DIHADKAN PADA MASA



  • Kedai kopi dan kantin boleh membenarkan lima orang menjamu selera di seluruh premis mereka pada masa yang ditetapkan dari 5 petang hingga 10.30 malam setiap hari, jika kawalan akses dan pemeriksaan status vaksinasi dilaksanakan dalam masa tersebut. Di luar tempoh masa itu, hanya dua orang dibenarkan menjamu selera bersama.

PILIHAN 3 - VDS YANG DIHADKAN PADA MASA DAN KAWASAN



  • Kedai kopi dan kantin boleh menggunakan VDS masa dan kawasan untuk lima orang menjamu selera bersama, jika mereka memperuntukkan kawasan tertentu dan melaksanakan kawalan akses serta memeriksa status vaksin pada masa yang ditetapkan dari 5 petang hingga 10.30 malam setiap hari. Di luar kawasan yang yang diperuntukkan dan masa tersebut, hanya dua orang dibenarkan menjamu selera bersama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >