Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kedai kopi tawar khidmat aplikasi semak belanja menerusi Price Kaki

Aug 23, 2022 | 05:30 AM



PENGGUNA kini dapat menyemak berapa mereka telah berbelanja untuk makanan dan minuman mereka di 23 cawangan dikendali oleh Chang Cheng Mee Wah, menerusi aplikasi 'Price Kaki', bermula hari ini.



Aplikasi Price Kaki membantu pengguna membanding harga barangan dapur dan produk jenama di pasar raya.



Ini adalah operasi kedai kopi yang pertama untuk menawarkan khidmat banding harga oleh Persatuan Pengguna Singapura (Case).



Lebih 900 barang dijual di 23 kedai kopi dan pusat makanan Chang Cheng dan ia disenaraikan di aplikasi Price Kaki.



Ini membawa jumlah minuman dan makan yang sudah dimasak di aplikasi itu mencapai lebih 30,000 di 137 lokasi.



Harga yang disenaraikan berlainan serata cawangan Chang Cheng yang biasanya di kawasan kejiranan seperti di Toa Payoh, Choa Chua Kang, Tampines dan Yishun.



Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Cik Low Yen Ling berkata:



"Memandangkan ramai warga Singapura mengunjungi kedai kopi dan pusat makanan setiap hari, perkembangan senarai itu akan membantu pengguna membuat pilihan yang lebih baik mengenai makanan yang mereka ingin makan ataupun bungkus dan membawa pulang."



Cik Low telah menghadiri majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU), antara pengarah eksekutif Case, Encik Lee Siow Hwee dan ketua eksekutif Chang Cheng, Encik Erik Wang, semalam di ibu pejabat Chang Cheng di Woodlands.



Presiden Case, Encik Melvin Yong, yang juga turut hadir majlis MOU itu menyatakan bahawa harga makanan yang sudah masak telah meningkat secara ketara sepanjang tahun lalu.



Inflasi yang semakin tinggi juga dikaitkan dengan faktor perang Russia- Ukraine yang telah menggangu rantaian bekalan, katanya.



"Semasa kunjungan saya ke pusat makanan dan kedai kopi, saya melihat terdapat peniaga yang cuba sedaya upaya untuk mengekalkan harga makanan dan minuman mereka, sementara ada yang lain yang cuma mengurangkan kenaikan harga sebanyak mungkin supaya lebih berdaya saing, terutama di kawasan perumahan," tambah beliau.



Sebelum ini, Price Kaki telah dimuat naik lebih 113,000 kali sejak dilancarkan pada 2019 dan telah menyenaraikan makanan dan minuman yang dijual di pusat penjaja sahaja.



"Kerjasama dengan Chang Cheng adalah permulaan perkembangan kami untuk meluaskan liputan makanan dan minuman di aplikasi Price Kaki, dan untuk membantu pengguna membuat pilihan yang lebih baik sebelum pembelian," ujarnya.



Case sedang mencari untuk menambah sekurang-kurangnya 200 lagi kedai kopi dan pusat makanan untuk disenaraikan di Price Kaki menjelang akhir tahun ini.




''Semasa kunjungan saya ke pusat makanan dan kedai kopi, saya melihat terdapat peniaga yang cuba sedaya upaya untuk mengekalkan harga makanan dan minuman mereka, sementara ada yang lain yang cuma mengurangkan kenaikan harga sebanyak mungkin supaya lebih berdaya saing, terutama di kawasan perumahan.''
- Presiden Case, Encik Melvin Yong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >