Kedai makan perkemas langkah keselamatan Covid-19 musim perayaan, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:39
Syuruk
6:56
Zuhur
1:00
Asar
3:59
Maghrib
7:02
Isyak
8:11
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Kedai makan perkemas langkah keselamatan Covid-19 musim perayaan

Dec 21, 2020 | 05:30 AM

RESTORAN dan tempat makan serata pulau kini bersiap siaga melaksanakan pelbagai langkah keselamatan menjelang musim perayaan Hari Natal dalam suasana pandemik Covid-19.

Contohnya, ada restoran bertindak menggajikan lebih ramai pekerja bagi memastikan pelanggan mematuhi langkah keselamatan.

Segelintir restoran lain pula memasang peringatan secara visual seperti kain rentang berkenaan peraturan Covid-19, menurut laporan akhbar The Straits Times.

Di bawah peraturan sekarang yang akan dikuatkuasakan hingga 27 Disember, warga hanya boleh bergaul dalam kumpulan tidak lebih lima orang di luar rumah.

Tempat makan dan minum (F&B) pula tidak dibenarkan menerima tempahan daripada kumpulan melebihi lima orang walaupun kumpulan tersebut tidak duduk bersama. Hal ini disebabkan mereka yang berada di meja berasingan pun tidak dibenarkan bergaul.

Halal Home Based Business
Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Namun, bermula 28 Disember apabila Fasa Ketiga Singapura dikuatkuasakan, orang ramai dibenarkan bertemu dalam kumpulan tidak melebihi lapan orang.

Justeru pihak restoran dan tempat makan kini bersiap siaga memastikan pelanggan tidak melanggar sebarang peraturan.

Ketika dihubungi akhbar Berita Harian semalam, pengarah penjualan restoran Tiara Waterfront di Stadium Tertutup Singapura, Cik Jannah Aboo Baker, berkata pihaknya masih menunggu butiran lanjut daripada pemerintah berkaitan Fasa Ketiga.

"Sekiranya dibenarkan, kami akan meneruskan rancangan menggajikan lebih ramai pekerja dan memasang papan tanda untuk mengingatkan tetamu supaya mematuhi peraturan keselamatan.

"Kami berharap agar pemerintah menambah jumlah jemputan juga bagi industri penyediaan khidmat perkahwinan memandangkan vaksin sudah pun disediakan.

"Masyarakat kita sangat mematuhi langkah keselamatan yang ditetapkan. Fasa Ketiga sekadar lanjutan daripada apa yang kita sudah terbiasa hadapi selama ini," ujarnya.

Sehubungan itu, peniaga setempat meminta jasa baik pelanggan supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Encik Wei Chan, setiausaha kehormat Persatuan Restoran Singapura, berkata bahawa denda yang dikenakan ke atas individu lebih rendah berbanding denda ke atas tempat makan.

Individu yang melanggar peraturan akan dikenakan denda $300 atas kesalahan pertama.

Namun, pihak restoran atau tempat makan diarah tutup buat sementara waktu. Encik Chan menukil contoh cawangan Seoul Garden di Pusat Beli-Belah Tampines Mall yang ditutup selama 10 hari ekoran gagal mematuhi peraturan keselamatan.

"Arahan penutupan sewaktu musim perayaan akan teruk menjejas tempat makan," ujar Encik Chan.

Jumaat lalu, Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) berkata bahawa mereka akan menjalankan lebih banyak pemeriksaan di kedai F&B bagi memastikan peraturan keselamatan dipatuhi sepanjang tempoh beberapa minggu ini.

Ketika dihubungi, pegawai khidmat awam, Cik Diana Ramli, 32 tahun, berkata beliau tidak rasa dirinya terjejas dengan langkah keselamatan yang bakal dilaksanakan tempat makan di Singapura sekarang.

"Walaupun musim perayaan bakal tiba, saya tidak kisah dengan peraturan yang ditetapkan. Saya selalu makan dan jalan-jalan di Jewel. Kalau ramai orang sekalipun, saya akan bungkus dan makan di tempat lain atau pulang ke rumah sahaja," ujarnya. - Laporan tambahan NURUL AIN RAZALI

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map