Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kedai makan popular Nasi Padang River Valley akan ditutup

Mar 11, 2014 | 08:48 PM



SELEPAS menjual nasi padang selama 57 tahun, kedai Nasi Padang River Valley di Zion Road akan ditutup pada 28 Mac ini.


Pemilik bersama Encik Hariz Pua, 57 tahun, berkata penutupan tersebut ekoran kurang tenaga kerja, kos sewa yang meningkat dan kos makanan yang tinggi.


Beliau juga mengaku ia disebabkan oleh kurangnya pelanggan pada waktu makan malam yang disifatkannya sebagai "sepi".


Malah, sejak beberapa bulan lalu, kedai tersebut ditutup dua jam lebih awal sekitar 7 malam, daripada waktu biasa 9 malam.


Encik Pua mengendalikan kedai tersebut, yang popular dengan rendang lembu, ayam kari dan sambal sotong, bersama pemilik generasi kedua kedai itu, Encik Zulfa Hamid.


Ibu Encik Zulfa mula menjual nasi padang di River Valley pada 1957.


Encik Pua, yang meluangkan masa 12 jam di kedai tersebut, berkata:


"Kami sudah pun memberitahu kakitangan kami supaya mencari pekerjaan lain.


"Jika Tuhan mengizinkan, kami mungkin buka semula kedai di tempat lain. Tapi buat masa sekarang kita nak berehat."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >