Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CABARAN PRESIDEN 2022

Kedai Masyarakat bantu benefisiari buat pilihan produk makanan

Feb 24, 2022 | 05:30 AM



BELIAU bersyukur keluarganya mendapat bantuan dalam bentuk barang dapur daripada pertubuhan amal Food From The Heart (FFTH) selama ini.



Namun dengan Kedai Masyarakat ketiga badan tidak meraih keuntungan itu dilancarkan di Lengkok Bahru semalam, Encik Wanchek Isman, 55 tahun, gembira kerana beliau kini dapat membuat pilihan makanan yang lebih diperlukan keluarganya.



Ditemui semalam, bapa dua anak berumur tiga dan empat tahun itu berkata sebelum ini, mereka tidak dapat memilih jenis makanan yang diberikan kepada mereka.



Oleh itu, mereka akan memberikan makanan yang tidak sesuai bagi keluarganya kepada jiran.



Kedai Masyarakat FFTH memperkasa benefisiarinya untuk memilih 12 produk makanan yang mereka perlukan dari kedai itu sebulan, menggunakan kad khusus yang diberikan kepada mereka.



Antara makanan yang disediakan termasuk serbuk kopi, biskut, minyak masak, susu, telur, sayur, mi segera dan lain-lain lagi.



Benefisiari boleh berkunjung ke kedai yang terletak di Blok 55 Lengkok Bahru itu pada bila-bila masa ia dibuka jika perlu dan tidak perlu mengambil 12 produk itu pada satu masa.



Encik Wanchek, yang sebelum ini berkhidmat sebagai tukang urut di bawah Persatuan Orang Cacat Penglihatan Singapura (SAVH) namun kini tidak bekerja, mengalu-alukan konsep kedai itu.



"Saya ada macam-macam penyakit seperti masalah ginjal, tekanan darah tinggi dan kencing manis, jadi ada makanan yang tidak sesuai dengan keadaan saya. Tapi di kedai ini, saya boleh memilih barang yang paling sesuai bagi saya.



"Contohnya, ada beberapa jenis serbuk kopi di kedai ini - yang manis, yang kurang gula dan yang tiada gula pun ada.



"Sekarang, saya boleh pilih perlahan-lahan apa yang lebih diperlukan dan sesuai bagi saya dan keluarga," ujar beliau yang tinggal di flat sewa dua bilik bersama isteri dan dua anaknya di blok yang sama dengan Kedai Masyarakat @ Lengkok Bahru itu.



Tambahnya, ini juga dapat mengelak daripada pembaziran dan beliau boleh pergi ke kedai itu untuk mendapatkan produk segar seperti sayur hanya jika isterinya memerlukannya untuk memasak.



Orang ramai juga boleh menderma barang makanan ke kedai itu pada bila-bila masa.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FFTH, Cik Sim Bee Hia, berkata kedai itu bukan sahaja menawarkan barang makanan buat benefisiari, tetapi ia juga melambangkan sikap murah hati ramai pihak yang telah menyumbang kepada Kedai Masyarakat itu.



Beliau turut mengumumkan bahawa Kedai Masyarakat keempat FFTH akan dibuka pada suku kedua tahun ini di Sumang Lane, Punggol West.



Kedai Masyarakat @ Lengkok Bahru kini membantu sekitar 500 isi rumah sekarang namun dianggarkan akan membantu lebih 1,000 isi rumah pada masa akan datang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >