Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kedai masyarakat Boon Lay beri barang dapur percuma bagi penduduk memerlukan

Mar 24, 2021 | 07:02 PM



KELUARGA yang memerlukan kini berpeluang mendapatkan barang dapur mereka secara percuma di Kedai Masyarakat @ Boon Lay yang dibuka hari ini (24 Mac).



Terletak di Blok 176 Boon Lay Drive, kedai runcit kecil itu dikendalikan organisasi amal Food from the Heart (FFTH) dan disokong bank OCBC.



Ia beroperasi dengan konsep 'beli' secara percuma di mana para penerima bantuan tidak menerima pakej makanan standard tetapi boleh ke kedai tersebut untuk memilih barang dapur yang mereka perlukan.



Warga yang layak diberi kad bantuan yang membolehkan mereka mengambil sehingga 12 barang dapur sebulan daripada pelbagai barangan seperti makanan dalam tin, biskut, minyak dan sos.



Kedai itu kini membantu 350 keluarga memerlukan dan dijangka membantu sehingga 1,000 keluarga jelang hujung tahun ini.



Terdapat satu lagi kedai serupa, Kedai Masyarakat @ Mountbatten yang dibuka pada Februari tahun lalu.



Kedua-dua kedai di Boon Lay dan Mountbatten itu mempunyai tempat sumbangan makanan 24/7 di mana orang ramai boleh mendermakan barangan dapur. - The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >