Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kediaman baru di Toa Payoh bakal dibina atas tapak sekolah

Jan 31, 2023 | 05:30 AM



LEBIH banyak rumah dijadual akan dibina di Toa Payoh, dengan sebuah pembangunan perumahan yang tinggi dijangka mengambil alih tapak sebuah sekolah yang telah dikosongkan di bahagian barat bandar tersebut.



Dalam satu saranan pindaan yang diterbitkan pada 20 Januari kepada pelan induk Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA), agensi itu telah memperuntukkan semula sebuah tapak sekitar 200 meter dari stesen MRT Caldecott daripada kegunaan untuk pendidikan kepada kediaman.



Akhbar The Straits Times (ST) memetik URA sebagai berkata tapak tersebut akan mempunyai sebuah pembangunan kediaman yang tinggi.



Ia menambah bahawa penduduk pada masa akan datang dapat memanfaatkan kedudukannya yang dekat dengan kemudahan pengangkutan.



Memberikan responsnya kepada ST, seorang jurucakap URA berkata pembangunan perumahan yang dirancang akan turut melibatkan kemudahan tambah nilai seperti ruang runcit bagi memenuhi keperluan penduduk.



Lebih banyak butiran akan diumumkan apabila ia siap, tambahnya.



Mengenai tapak yang diperuntukkan semula, agensi itu berkata institusi pendidikan sedia ada di Toa Payoh cukup untuk memenuhi permintaan sekarang.



Plot itu, yang terletak di persimpangan Toa Payoh Rise dan Braddell Rise, sebelum ini sebahagiannya menempatkan Sekolah Rendah First Toa Payoh, yang berada di Lorong 1 Toa Payoh dari lewat 1960-an sehingga ia berpindah ke Lorong 8 Toa Payoh menyusuli penggabungan dengan sekolah lain pada Januari 2022.



Kampus itu kemudian digunakan sebagai tapak sementara bagi pelbagai sekolah sebelum ia dirobohkan.



Dalam pindaan yang disarankan, nisbah plot 5.0 diberikan kepada tapak seluas 1.7 hektar, bersamaan dengan saiz dua padang bola sepak.



Penganalisis hartanah menganggarkan tapak itu boleh menghasilkan lebih 850 unit, bergantung kepada sama ada ia akan digunakan untuk pembangunan bagi flat HDB atau kondominium.



Ketua penyelidikan dan perundingan ERA Realty, Encik Nicholas Mak, berkata tapak itu berdekatan stesen MRT Caldecott, di laluan Circle Line dan Thomson-East Coast, serta stesen MRT Braddell di Laluan Utara-Selatan, menjadikan ia menarik bagi pemaju dan pembeli rumah.



Beliau menambah terdapat beberapa sekolah, termasuk yang dikenali dalam jarak 2 kilometer dari tapak itu, yang akan menjadikan rumah di sana pada masa depan popular dalam kalangan ibu bapa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >