Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kedudukan Singapura jadi sukar jika tegang AS-China meningkat: PM Lee

Mar 01, 2017 | 03:17 PM



SEBAGAI rakan kedua-dua negara, Amerika Syarikat dan China, Singapura boleh diletak dalam keadaan sukar jika berlaku pergeseran antara dua gergasi itu, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam satu temu bual dengan penyiar British, BBC, yang disiarkan pada Rabu (1 Mac).



Beliau menekankan perkara ini apabila penyampai Stephen Sackur bertanya mengenai ketegangan yang meningkat di rantau ini dan tanggapan bahawa China tidak puas hati mengenai hubungan Singapura dengan Amerika.



Encik Lee berkata: "Jika hubungan Amerika-China menjadi sangat sukar, kedudukan kami menjadi lebih sukar kerana kami akan dipaksa memilih antara berkawan dengan Amerika, dan berkawan dengan China.



"Itu kebimbangan nyata."



Encik Lee berkata demikian pada program wawancara Hardtalk BBC, di mana beliau juga ditanya mengenai iklim politik antarabangsa, kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar serta undang-undang Singapura yang menjadikan seks gay satu kesalahan.



Mengenai hubungan Amerika-China, beliau berkata: "Pada masa ini kami berkawan dengan kedua-duanya. Bukan kami kita tidak mempunyai sembarang isu dengan mereka, tetapi kami umumnya berkawan dengan kedua-duanya, dan hubungan sekarang dalam keadaan baik."



Beralih pada ketidakpastian dalam hubungan Singapura dengan China, Encik Sackur menimbulkan soal tindakan Hong Kong menahan sembilan kenderaan Terrex Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) Disember lalu.



Encik Lee berkata: "Saya tidak akan berkata bahawa kami mempunyai masalah besar. Kami mempunyai beberapa isu dan beberapa kejadian. Penahanan kenderaan tentera itu satu insiden yang berlaku pada kami berdua dan kami harus menghadapinya."



Ketika ditanya apakah ia membayangkan kurang rasa saling percaya antara dua negara itu, Encik Lee berkata: "Ia satu perkara sensitif bagi kedua-dua pihak dan saya fikir kedua-dua pihak mengendalikannya dengan berhati-hati dan hasilnya memuaskan."



Encik Lee juga mengulangi pendirian Singapura mengenai ketetapan tribunal timbang tara antarabangsa Julai lepas bahawa tuntutan wilayah China di Laut China Selatan tidak sah.



Beliau berkata tribunal itu membuat kenyataan keras, tetapi menegaskan bahawa Singapura tidak menghakimi tuntutan tertentu dan menghormati mahkamah antarabangsa.



Encik Lee berkata Singapura mempunyai hubungan lama dengan Amerika, termasuk dalam bidang ketenteraan.



Ini kerana Singapura percaya kehadiran Amerika di rantau ini membawa kemantapan dan membolehkan negara-negara di sini makmur.



Ditanya mengenai kenyataan pemimpin parti Liberal Demokrat Tim Farron bahawa Perdana Menteri Britain, Cik Theresa May, perlu menimbulkan isu kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar dalam rundingan perdagangan dengan Singapura, Encik Lee berkata: "Saya tidak nampak anda dihalang bertanya saya sembarang soalan."



"Saya tidak akan memandai-manda memberitahu anda cara Majlis Akhbar anda harus beroperasi. Mengapa anda harus memandai-mandai memberitahu saya cara negara saya harus beroperasi?" kata beliau.



"Kami terbuka sepenuhnya, kami mempunyai salah satu akses Internet yang paling cepat di dunia, kami tidak mempunyai tembok besar Internet? Mana sekatan itu," ujar Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >