Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kedudukan wanita setara dengan lelaki: Ustaz Tamliikhaa

Mar 09, 2022 | 05:30 AM



STEREOTAIP masyarakat yang dikaitkan dengan golongan wanita memang sukar untuk diubah dalam sekelip mata namun mengikut ajaran Islam, kedudukan wanita setara dengan lelaki dan bukan di bawah.



Malah, martabat wanita tinggi nilainya, kata Ustaz Tamliikhaa Khamsani, pengasas Islamic Value Meal dan pensyarah bebas, ketika dihubungi Berita Harian (BH).



Mengikut sejarah, beliau berkata tiada unsur diskriminasi terhadap wanita dalam Islam.



Apabila Islam tiba di tanah Arab, Rasulullah saw memartabatkan kedudukan wanita di persada antarabangsa, malah, ia juga boleh dilihat dalam cara baginda melayan isteri-isterinya. Wanita boleh dilihat memegang kerjaya dan berjaya, kata Ustaz Tamliikhaa sambil menukil contoh isteri Rasulullah, Saidatina Khadijah ra yang merupakan usahawan wanita terhebat zaman itu.



Justeru peranan wanita untuk 'duduk di dapur sahaja' merupakan pandangan yang tidak tepat, kerana nilai wanita dalam kekeluargaan lebih tinggi, kata Ustaz Tamliikhaa.



Dalam konteks zaman sekarang, wanita boleh dilihat menggalas pelbagai tanggungjawab di mana ada yang mengurus keluarga sambil berkerjaya. Sudah menjadi lumrah bahawa ibu, bersama ayah, dilihat sama-sama membangunkan ekonomi keluarga dan menyumbang kepada kestabilan kewangan, kata beliau.



Tetapi, ini tidak bermakna mereka yang memilih menjadi suri rumah kurang nilainya. Malah, golongan ini memainkan peranan mengukuhkan sistem keluarga dalam mendorong kejayaan keluarga, tekan beliau.



Walaupun akui bahawa dari segi ibadah, ada kalanya lelaki didahulukan, contohnya sebagai imam dalam solat, ini tidak bererti kaum wanita dianaktirikan.



Terdapat hikmah disebalik aturan sebegitu, yang memerlukan orang ramai untuk menuntut ilmu agar memahaminya.



Penting, kata Ustaz Tamliikhaa, untuk meraikan wanita kerana lahirnya seorang anak ke muka bumi ini juga dari rahim wanita.



"Sejak sebelum lahir, kita memerlukan doa dan harapan seorang ibu. Jadi secara logik akal kita perlu raikan kehadiran wanita dalam hidup kita sejak dari kecil lagi. Ada hadis-hadis yang menunjukkan jasa ibu kita tak akan mampu dibalas dengan apa sekali pun hatta jiwa raga kita, kita serahkan, harta kita sepenuhnya kita berikan, tidak akan dapat balas jasa ibu terhadap kita. Ini merupakan satu nilai tertinggi dalam kedudukan Islam yang Allah telah tunjukkan bahawa nilai wanita tinggi dalam sisi agama dan bukan lebih rendah."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >