Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kedutaan Arab Saudi anjur iftar perkukuh hubungan negara

May 25, 2018 | 05:30 AM



SEKITAR 200 pemimpin Melayu/Islam dan anggota masyarakat Arab di sini menghadiri majlis iftar anjuran Kedutaan Arab Saudi semalam.



Majlis di Hotel Ritz Carlton itu, yang dihos Duta Besar Arab Saudi di Singapura, Encik Saad Saleh Alsaleh dihadiri tetamu terhormat, Menteri Sekitaran dan Sumber Air yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Encik Saad telah mengambil alih tugas Encik Mansour Al-Mazmoumi sebagai Duta Besar Arab Saudi di Singapura sejak Mei tahun lalu.



Beberapa pemimpin politik dan masyarakat, termasuk Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, Anggota Parlimen (AP) GRC Jalan Besar, Dr Yaacob Ibrahim dan AP GRC Pasir Ris-Punggol, Encik Zainal Sapari, serta Imam Masjid Ba'alwie, Habib Hassan Al-Attas, turut hadir.



Turut menyertai majlis iftar tersebut adalah pemimpin masjid, wakil daripada badan Melayu/Islam, wakil daripada Pertubuhan Antara Agama (IRO) serta pemimpin Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) termasuk Ketua Eksekutif Muis, Encik Abdul Razak Maricar, dan Mufti Dr Mohamed Fatris Bakaram.



Majlis tersebut dimeriahkan lagi dengan kehadiran duta beberapa negara lain termasuk Kuwait, Amiriah Arab Bersatu (UAE), Mesir, Jordan, India, Brunei dan Pakistan.



Tetamu yang diundang juga terdiri daripada ahli perniagaan dan juga pegawai dari sektor swasta.



Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran.



Apabila azan maghrib berkumandang, tetamu berbuka puasa beramai-ramai.



Acara tahunan itu bertujuan untuk mempererat hubungan antara kededua negara yang dijalinkan selama ini.



Sempena Ramadan tahun ini, Kedutaan Arab Saudi juga telah menghadiahkan 43 tan kurma kepada masyarakat Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >