Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kedutaan AS lancar kempen USSG55 rai 55 tahun hubungan diplomatik dengan S'pura

Apr 07, 2021 | 05:30 AM



KEDUTAAN Amerika Syarikat di Singapura telah melancarkan kempen USSG55 bagi meraikan 55 tahun hubungan diplomatik antara Amerika dengan Singapura.



Mulai bulan ini, gabungan wadah media digital dan tradisional yang berjenama #USSG55 akan mempamerkan sejarah bersama Amerika dan Singapura yang dibina berdasarkan asas yang kuat.



Memulakan kempen ini kelmarin, laman web khusus akan berfungsi sebagai portal untuk acara berlainan, program, gambar-gambar dan banyak lagi.



Selain itu, para akademik, pegawai pemerintah, wartawan, alumni dan masyarakat umum akan dapat menyertai siri simposium pelbagai aspek yang dianjurkan.



Antaranya termasuk perbincangan mengenai tema-tema seperti keselamatan, ekonomi dan hubungan antara satu sama lain untuk menggariskan kekuatan kerjasama dua hala dan meneroka cara untuk memajukan perkongsian.



Terdapat juga pameran foto yang akan memaparkan detik-detik Amerika dan Singapura dalam sejarah dan menunjukkan detik penting dalam hubungan tersebut termasuk foto dari koleksi peribadi dari 55 tahun dan seterusnya.



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kedutaan Amerika, Chargé d'Affaires di Kedutaan Amerika di Singapura, Encik Rafik Mansour, berkata kerjasama selama 55 tahun yang lalu hanya permulaan bagi kedua-dua negara ini.



"Melalui perjanjian pertahanan dan keselamatan kita, perjanjian perdagangan bebas terpanjang kita di Asia, serta hubungan erat antara rakyat kita, hubungan yang berkekalan membawa kekuatan dan kestabilan ke Amerika Syarikat, Singapura dan seluruh wilayah Indo-Pasifik," katanya.



Meraikan tahun istimewa ini, kedutaan Amerika juga akan meraikan budaya makanan yang serupa.



Ini menerusi bengkel pembuatan coklat yang mencampurkan cita rasa Singapura dan Amerika, serta meneroka makanan lain yang serupa antara dua negara ini.



Sebelum hubungan diplomatik rasmi antara Amerika dengan Singapura yang terjalin secara rasmi pada 1966, kedua-dua negara berkongsi peristiwa penting dalam sejarah seawal tahun 1800-an seperti yang dilihat dalam detik-detik sejarah.



Selama beberapa dekad, puluhan ribu orang Amerika yang tinggal, belajar dan bekerja di sini telah menghargai keramahan Singapura, persaingan yang adil dan peluang yang tidak terbatas.



Hubungan lama Amerika dan Singapura selama bertahun-tahun merangkumi dari warga Singapura yang menjalani program pertukaran pemerintah Amerika hingga hubungan perniagaan yang kukuh.



Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai kempen ini, lungsuri https://sg.usembassy.gov/ussg55/




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >