Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Kedutaan AS singsing lengan bawa kegembiraan sempena Lebaran

May 13, 2021 | 05:30 AM



KEDUTAAN Amerika Syarikat ke Singapura telah menyingsing lengan pada bulan Ramadan lalu untuk memberikan secebis kegembiraan kepada mereka yang kurang bernasib baik dalam masyarakat.



Seramai lima diplomat daripada kedutaan itu telah menghadiri sesi mengagihkan habuan pada minggu terakhir Ramadan.



Kerja amal itu telah dijalankan bersama-sama projek Rahmah kepada Semua di bawah Yayasan Rahmatan Lil' Alamin (RLAF).



Kedutaan itu telah menyumbang 60 pek khas yang diisi dengan produk-produk yang dekat dengan hati warga Amerika.



Antara yang diletakkan dalam pek tersebut termasuk jus oren Florida, produk oat Quaker dan kismis Sun-Maid.



Pegawai Perhubungan Awam Kedutaan Amerika Syarikat ke Singapura, Cik Carrie Lee yang turut menyingsing lengan dalam inisiatif itu berkata pihaknya berasa teruja dapat bersama-sama dalam usaha ini.



"Peluang untuk berinteraksi dengan para penerima merupakan sesuatu yang amat bermakna buat kami dan mendekatkan lagi kami kepada rakyat Singapura," ujarnya.



Selain itu, seramai 11 sukarelawan daripada Kuil Sri Muneeswaran dan Masjid Mujahiddin turut mengambil bahagian dalam usaha itu.



Ketua Pegawai Eksekutif RLAF, Encik Muhammad Faizal Othman turut menyertai usaha itu.



"Kami amat menikmati peluang untuk mengenali para sukarelawan lain daripada pihak masjid dan kuil.



"Pihak kuil juga telah memberi kami peluang meneroka kuil agar dapat memahami budaya Singapura dengan lebih baik selain menghargai kepelbagaian dalam masyarakat majmuk di sini," tambah Cik Lee lagi.



Di samping itu, sebanyak 60 pek makanan juga telah dihantar ke kawasan Commonwealth Drive dan Tanglin Halt.



Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Anthony Blinken turut menekankan bahawa menggalak kepelbagaian dan inklusiviti merupakan tugas setiap anggota Jabatan dan kedutaan itu.



"Kedutaan Amerika Syarikat ke Singapura akur tentang kepentingan ini dan ini merupakan sebabnya Kumpulan Kerja Kepelbagaian dan Inklusiviti serta Jawatankuasa Tanggungjawab Sosial Korporat mendekati RLAF untuk menganjurkan inisiatif ini," tambahnya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >