Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kedutaan Thai di S'pura jelas makluman Bangkok: Warga Singapura sihat tidak perlu kuarantin diri setibanya di Thai

Mar 04, 2020 | 09:02 PM



BANGKOK: Pengunjung sihat yang tiba di Thailand dari Singapura tidak perlu melakukan kuarantin diri, kata kedutaan Thailand di Singapura pada Rabu (4 Mac).


Ini setelah pihak berkuasa kesihatan di Bangkok mengeluarkan makluman kuarantin diri kepada orang dari negara yang dianggap berisiko tinggi bagi jangkitan koronavirus Covid-19. 


Seorang pegawai kesihatan di Bangkok berkata pada Rabu bahawa mereka yang tiba dari tempat dilanda koronavirus dinasihatkan agar melakukan kuarantin diri selama dua minggu sebaik tiba di negara itu, lapor The Straits Times.


Pihak berkuasa Thailand menjelaskan bahawa makluman kuarantin diri itu tidak wajib.


Kedutaan Thailand di Singapura pada Rabu berkata kerajaan Thailand mengalu-alukan kedatangan semua kerakyatan ke negara itu dan kuarantin tersebut tidak diperlukan jika pengunjung sihat.


"Penumpang dari Singapura yang tiba (di Thailand) tidak perlu menjalani kuarantin jika mereka sihat tetapi perlu mematuhi prosedur pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa Thailand sebaik tiba di pintu masuk (port of entry)," kata kedutaan itu dalam satu kenyataan.  




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >