Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keganasan Israel terhadap Palestin pada Syawal tragik, tidak boleh diterima: Faishal

Warga S'pura dipuji atas semangat ihsan salur dana tetapi dinasihati agar hati-hati bila derma kepada wadah tidak sahih di luar negara
May 24, 2021 | 03:34 PM



TINDAKAN ganas dan pemaksaan tidak seimbang Israel terhadap masyarakat Palestin adalah sesuatu yang tidak boleh diterima dan sangat tragik, lebih-lebih lagi apabila ia berlaku pada bulan mulia Syawal yang disambut umat Islam sedunia.



Melahirkan rasa terganggunya mengenai perbuatan Israel ke atas Palestin, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara),  Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, menulis di Facebook:



"Melihat pada laporan media, Israel kelihatannya telah menggunakan paksaan tidak seimbang dan keganasan ke atas penduduk Palestin. Ya, terdapat serangan ke atas masyarakat Israel, roket yang dilontar kepada Israel dan Hamas cuba membangkitkan kemarahan Israel.



"Tetapi secara menyeluruh, saya sangat terganggu dengan tindakan Israel: cara di mana perbalahan itu bermula  dan cara di mana Israel menggunakan kekerasan ke atas golongan yang tidak bersalah termasuk kanak-kanak.



"Ini tidak boleh diterima dan sangat tragik. Ia pula terjadi sewaktu bulan suci (Syawal) bagi umat Islam."



Profesor Faishal bagaimanapun bersyukur kedua-dua Israel dan Palestin kini sudah mencapai kata putus melaksanakan gencatan senjata lantas menamatkan keganasan yang telah berlanjutan selama hampir dua minggu.



Mengenai pertanyaan bagaimana Singapura boleh membantu khususnya dalam meringankan bebanan kemanusiaan di Gaza, Profesor Faishal menghargai dan memuji semangat kemanusiaan warga setempat dalam mengusulkan projek mengumpul dana mereka sendiri atas dasar keihsanan.



Beliau bagaimanapun menasihati ramai agar berhati-hati dengan bahaya membuat sumbangan menerusi kumpulan luar negara yang tidak dapat dipastikan kesahihannya - ke mana wang disalur atau digunakan. 



"Saya menggesa semua warga Singapura menyalur derma menerusi Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) dan Palang Merah Singapura yang bekerjasama dengan Agensi Bantuan dan Kebajikan bagi Pelarian Palestin di Timur Dekat PBB (UNRWA) bagi Palestin. Sejauh ini, lebih $1.8 juta berjaya dikumpulkan.



"Secara bersama-sama, marilah kita mendoakan bagi keamanan berpanjangan di Timur Tengah," jelas Profesor Faishal lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >