Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keganasan keluarga: Lebih ramai buat laporan polis

Nov 02, 2022 | 05:30 AM



DENGAN kesedaran lebih tinggi mengenai isu keganasan keluarga, lebih ramai mengambil tindakan membuat laporan polis.

Polis menyatakan 5,190 laporan difailkan tahun lalu, meningkat daripada 5,134 laporan pada 2020.

Sebahagian besar kes melibatkan keganasan terhadap pasangan, diikuti oleh ibu bapa dan kemudian anak. Namun, polis tidak memberi angka bagi setiap golongan itu.

Peningkatan itu juga mungkin disebabkan sekatan Covid-19 ditarik balik pada 2021, kata Cik Kristine Lam, pekerja sosial utama di Care Corner Project StART, sebuah pusat tangani keganasan keluarga.

Beliau berkata pemutus litar pada 2020 mungkin menghalang orang ramai daripada memfailkan laporan polis.

"Pada masa itu terdapat ramai orang yang meminta maklumat daripada pusat kami tetapi tidak mengambil tindakan."

"Selepas tempoh pemutus litar, kami lihat lebih ramai keluarga tampil ke hadapan... untuk menyatakan mereka mahu memohon perintah perlindungan peribadi, dan mereka mahu berpindah," kongsi Cik Lim di satu sidang media di ibu pejabat polis di Novena.

Peningkatan itu mungkin dek kesedaran lebih tinggi tentang keganasan keluarga, membuat lebih ramai orang mengambil tindakan, kata Inspektor Tony Thian, timbalan pegawai bertanggungjawab bagi Unit Pengawasan Masyarakat di Pusat Polis Kejiranan Rochor.

Di sidang media itu polis juga mendedahkan 2,603 laporan mengenai keganasan keluarga dibuat dari Januari hingga Jun lalu, berbanding 2,560 dan 2,638 masing-masing dalam tempoh sama pada 2020 dan 2021.

Polis dilatih untuk menyokong mangsa keganasan keluarga dengan lebih baik. Pada Julai lalu, pegawai pengawasan masyarakat keganasan keluarga diperkenal di semua 34 pusat polis kejiranan.

Mereka pakar pengurusan kes keganasan keluarga dan mengemukakan potensi risiko tinggi kepada agensi perkhidmatan sosial bagi campur tangan awal.

Pegawai barisan hadapan juga telah menerima latihan khusus untuk mengendalikan kes berkaitan keganasan keluarga dengan lebih baik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >