Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kegemukan, kurang aktiviti fizikal hambat kemajuan perangi kencing manis: Ye Kung

Nov 15, 2021 | 05:30 AM



SEDANG Singapura telah membuat beberapa kemajuan dalam perang ke atas kencing manis, kegemukan dan kekurangan kegiatan fizikal masih merupakan masalah di kalangan warga.



Berucap di sambutan Hari Kencing Manis Sedunia semalam, Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, berkata walaupun tanda perubahan kian dilihat, masa masih diperlukan untuk perubahan itu menjangkau ke semua penduduk.



Pandemik Covid-19, yang mengehadkan kegiatan sosial warga dan mengubah gaya hidup mereka menjadi kurang aktif, pula menjejas kemajuan dalam memerangi kencing manis yang telah dicapai sejauh ini.



Encik Ong berkata merentas semua peringkat umur, kelaziman kegemukan telah naik daripada 8.6 peratus pada 2017 kepada 10.5 peratus tahun lalu.



"Kita telah kembali ke tahap sebelumnya yang dilihat pada 2010, setelah mencatat penurunan sepanjang sedekad lalu.



"Tinjauan Pemakanan Kebangsaan 2018/2019 menunjukkan warga Singapura memakan secara purata 12 sudu kecil gula setiap hari, iaitu lebih tinggi daripada yang diperlukan oleh pemakanan," kata Encik Ong di majlis anjuran Diabetes Singapore yang diadakan di Institut Pembelajaran Sepanjang Hayat (LLI) itu.



Beberapa kemajuan bagaimanapun telah dicatat, seperti 33.4 peratus warga merentas semua peringkat umur melakukan senaman kerap tahun lalu berbanding 29.4 peratus pada 2017.



Peratusan orang dewasa berumur 50 hingga 74 tahun yang bersenam dengan kerap mencatat kenaikan ketara ke 31.4 peratus tahun lalu daripada 23.5 peratus pada 2017.



Peratusan penduduk berusia 40 hingga 49 tahun yang menjalani pemeriksaan kencing manis, darah tinggi dan kolesterol tinggi juga naik sedikit daripada 60.7 peratus pada 2017 kepada 62.5 peratus tahun lalu.



Kadar komplikasi ekoran kencing manis pula telah turun dari 2015 ke 2019 dengan kadar pemotongan kaki turun daripada 115.9 ke 66.3 bagi setiap 100,000 pesakit kencing manis.



Encik Ong berkata pemerintah akan melancarkan satu kempen publisiti di bawah Rangka Kerja Pemerkasaan Pesakit untuk Penjagaan Diri hujung tahun ini.



"Kami akan menggalak pesakit untuk menjaga diri mereka dengan lebih baik, meningkatkan kesedaran tentang komplikasi mata dan kaki, dan menjalani pemeriksaan komplikasi secara kerap," katanya.



Hari Kencing Manis Sedunia tahun ini membawa tema 'Akses ke Penjagaan Kencing Manis'.



Di majlis semalam, beberapa anugerah turut diberikan kepada pesakit, pendidik jururawat kencing manis, pengasuh dan relawan yang telah memaparkan kecekalan, semangat, ketabahan dan komitmen.



Lima kategori anugerah diberikan iaitu anugerah pingat, pendidik jururawat, pengasuh, daya tahan dan duta belia.



Ini kali pertama anugerah itu diberikan, sempena ulang tahun ke-50 Diabetes Singapore.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >