Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kegiatan akademik tidak terjejas bawah undang-undang atasi campur tangan asing: MHA

Oct 04, 2021 | 05:30 AM



AHLI akademik yang membentangkan kajian mereka di luar negara, menulis jurnal antarabangsa dan menerima pembiayaan antarabangsa tidak akan dikenakan tindakan di bawah undang-undang yang diusul bagi menangani campur tangan asing, menurut Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA).



Kementerian itu berkata demikian sebagai respons kepada ahli akademik Cherian George, Chong Ja Ian, Linda Lim dan Teo You Yenn yang melahirkan keprihatinan bahawa Rang Undang-Undang Campur Tangan Asing (Langkah Tindakan Balas), juga dikenali sebagai Fica, akan mengubah kegiatan itu dibelenggu isu perundangan dalam satu rencana yang diterbitkan di Academia.sg Jumaat lalu.



"Benarkan kami menyatakan (bahawa) tiada daripada antara kegiatan ini yang akan terjejas oleh Fica.



"Jika profesor itu boleh mendapatkan rencana mereka diterima oleh jurnal antarabangsa, buku mereka diterbitkan penerbit akademik berprestij di luar negara atau jika mereka menerima keahlian dalam badan ilmiah dan anugerah daripada universiti asing, mereka tidak akan terhambat oleh Fica, atau undang-undang lain di Singapura," ujar MHA, dalam catatan di Facebook semalam.



Fica menyasarkan campur tangan asing dalam politik domestik yang dijalankan menerusi kempen maklumat berniat jahat dan penggunaan proksi setempat.



Ia memberi kuasa kepada MHA untuk mengeluarkan arahan yang antara lain memerlukan wadah Internet menyekat akaun serta memerlukan individu yang mempunyai kepentingan dari segi politik mengisytiharkan hubungan mereka dengan entiti asing.



Fica akan dibahaskan di Parlimen hari ini.



Dalam kenyataan berasingan, MHA berkata undang-undang yang diusul itu mengandungi keperluan agar perintah yang dikeluarkannya adalah seimbang.



Kementerian itu berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan Peguam Kanan Harpreet Singh Nehal di Facebook kelmarin yang mengatakan bahawa bahasa yang digunakan dalam Fica menetapkan kayu ukuran yang amat rendah untuk memenuhi keperluan kepentingan awam.



"Rang undang-undang itu hanya memerlukan menteri berpendapat bahawa langkah menggunakan kuasanya adalah demi kepentingan awam.



"Rang undang-undang itu tidak memerlukan pendapat tersebut bersifat berpatutan atau perintah Fica tertentu yang dikeluarkan bersifat seimbang," ujar Encik Singh.



Menerusi satu kenyataan semalam, MHA berkata ini tidak benar.



Tambahnya, rang undang-undang itu mengandungi unsur keseimbangan dalam keperluan kepentingan awamnya.



"Ujian statutori 'kepentingan awam' menetapkan bahawa penggunaan kuasa itu harus diperlukan atau wajar bagi kepentingan awam," ujarnya.



MHA juga berkata isu yang sama turut timbul dua tahun lalu berhubung undang-undang mengenai berita palsu, iaitu Akta Kepalsuan dan Manipulasi dalam Talian (Pofma), yang mempunyai keperluan sama bagi ujian 'kepentingan awam'.



Ketika itu, Encik Singh juga telah meminta agar keperluan keseimbangan itu ditambah kepada Pofma sebelum Parlimen berbahas tentangnya.



"Beliau dibetulkan oleh seorang peguam kanan, Encik Siraj Omar, yang menarik perhatian bahawa berhubung Pofma, apabila dibaca dengan teliti, keperluan itu sudah pun wujud," ujar MHA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >