Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BULAN BAHASA

Kegiatan di kejiranan jaya tarik penduduk bukan Melayu

Rahayu sifatkannya satu perkembangan positif yang dialu-alukan
Sep 18, 2017 | 05:30 AM



MELANCARKAN kegiatan Bulan Bahasa di kawasan kejiranan telah berjaya menarik perhatian warga bukan Melayu untuk sama-sama melibatkan diri atau sekadar meraikan bersama keindahan bahasa dan budaya Melayu.



Menurut Pengerusi Bulan Bahasa, Cik Rahayu Mahzam, ini merupakan satu perkembangan positif yang amat dialu-alukan.



"Tentu sekali kawasan kejiranan merupakan tempat orang berkumpul dan ini memudahkan usaha menarik mereka yang bukan Melayu untuk sama-sama turut serta dalam acara kita.



"Ini juga peluang keemasan buat kita mempamerkan bahasa dan budaya Melayu," ujarnya.



Beliau berkata demikian semasa melancarkan acara Bulan Bahasa di Jurong yang melibatkan GRC Jurong serta SMC Yuhua dan Bukit Batok.



Pelancaran itu, yang diadakan di Kelab Masyarakat Bukit Batok East, menampilkan pelbagai kegiatan Melayu termasuk tarian, berbalas pantun, sketsa berkaitan budaya merisik dan juga dikir barat.



Anggota Parlimen (AP) SMC Bukit Batok, Encik Murali Pillai, turut hadir selaku tetamu terhormat semasa sesi pelancaran yang dihadiri sekitar 500 penduduk.



Antara warga bukan Melayu yang mengambil bahagian ialah Encik Aaron Krishnasamy, 24 tahun, penari kumpulan Lenggok Selayang.



Beliau yang mula mempelajari tarian Melayu semasa di Sekolah Menengah Fuhua dahulu berkata apa yang menarik tentang tarian Melayu terutama zapin ialah ia satu jenis tarian yang cukup bertenaga dan menarik.



"Memang pada awalnya sukar menyesuaikan diri menari zapin kerana saya bermula sebagai penari India. Tetapi lama-kelamaan saya mula tertarik kepada seni ini.



"Ini kerana di dalam gerak-geri yang bertenaga ada kelembutannya," ujar jurutari bebas ini yang turut mempelajari seni silat.



Kumpulannya telah membuat persembahan tarian bertajuk 'Zapin Selamat Datang' yang dikoreografnya sendiri.



Di samping itu, sebuah majalah Cetusan 9.0 turut dilancarkan yang mengetengahkan kompilasi karya dan syair pelajar daripada sembilan sekolah rendah.



Majalah itu, yang hanya akan diedarkan pada Oktober ini di kalangan sembilan sekolah rendah yang mengambil bahagian, merupakan usaha kerjasama Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Bukit Batok dan diterajui jabatan Melayu Sekolah Rendah Lianhua.



Seorang pelajar darjah enam Raiyan Syazani Shahrin, 12 tahun dari Sekolah Rendah Lianhua juga telah berpidato dengan judul I am Malay sebelum pelancaran majalah itu.



Gurunya Encik Md Faizal Ismail, 45 tahun, berkata pihaknya menyambut baik usaha pelancaran Bulan Bahasa ini diadakan di peringkat akar umbi.



"Menerusi cara ini, pelajar yang hadir dapat melihat bahawa bahasa Melayu itu dapat digunakan dalam pelbagai konteks seperti sketsa dan berbalas pantun, bukan sahaja di dalam bilik darjah sahaja," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >