Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kegiatan Keagamaan: Jarak selamat tidak lagi mandatori mulai lusa

Feb 23, 2022 | 07:37 PM



MULAI lusa langkah jarak selamat tidak lagi menjadi mandatori bagi mereka yang melaksanakan kegiatan keagamaan di tempat-tempat ibadah, namun mereka hanya digalak menjaga jarak.



Ini menyusuli langkah Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) 16 Februari lalu untuk mempermudahkan peraturan Covid-19 yang dilaksana di sini agar ia lebih mudah difahami dan membolehkan negara ini mengharungi keadaan pandemik pada masa akan datang.



Mulai 4 Mac, had jumlah hadirin bagi kegiatan agama peraturan memisahkan hadirin mengikut zon berbeza akan ditiadakan.



Namun tempat-tempat ibadah perlu mencegah berlakunya kesesakan.



Demikian menurut Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) bersama Program Persediaan Krisis bagi Pertubuhan Keagamaan (CPRO) dalam satu kenyataan kepada media.



Ini bermakna para jemaah boleh duduk dan melakukan kegiatan sambil memakai pelitup tanpa mematuhi jarak selamat antara setiap jemaah – langkah menjaga jarak sekadar digalakkan.



Pada 18 Februari lalu, pekerja agama dan pekerja sokongan yang menjalankan kelas agama secara peribadi untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah tidak lagi dikehendaki menjalani Ujian Pantas dan Mudah.



Kanak-kanak yang tidak divaksinasi berumur 12 tahun dan ke bawah pula tidak dikira di dalam isi rumah yang sama untuk dimasukkan ke dalam kumpulan lima orang untuk perkhidmatan ibadah dan kegiatan keagamaan lain.



Pemerintah juga telah menentukan had hadirin berdasarkan keupayaan tempat acara tersebut diadakan.



Aktiviti keagamaan (kecuali kelas) yang melibatkan lebih daripada 1,000 orang akan dihadkan pada 50 peratus daripada kapasiti tempat itu.



Sebagai contoh, sekiranya 1,200 jemaah hadir beribadah, ia perlu dibuat di lokasi yang boleh menampung 2,400 jemaah.



Jika tidak, ia perlu dihadkan kepada 1,000 jemaah.



Meskipun begitu, Langkah Pengurusan Selamat Berdasarkan Status Vaksinasi (VDS) masih dikekalkan bagi semua tempat ibadah bermakna jemaah perlu sudah divaksinasi sepenuhnya sebelum dibenarkan masuk.



Semua orang yang hadir (kecuali kanak-kanak di bawah umur 6 tahun) mesti memakai pelitup semasa menjalankan aktiviti keagamaan itu.



Berdasarkan langkah sedia ada bagi perhimpunan sosial, tempat ibadah boleh terus membenarkan satu kumpulan sehingga 5 orang (tanpa mengira status vaksinasi) pada satu masa untuk menjalankan ibadah peribadi di tempat ibadah itu.



Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dijangka mengeluarkan butiran lanjut tentang perubahan melibatkan masjid setempat esok.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >