Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kegiatan maksiat dalam talian: 162 ditangkap selepas operasi 23 hari

Aug 12, 2018 | 12:00 PM



 



 



SEJUMLAH 162 orang - 157 perempuan dan lima lelaki berusia antara 19 tahun dengan 48 tahun - ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kegiatan berhubung maksiat, dalam operasi polis selama 23 hari.



Polis, menerusi kenyataannya pada Sabtu (11 Ogos), berkata operasi itu berakhir pada Selasa lalu.  Ia melibatkan pegawai polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (CID) dan dari enam divisyen polis, yang mengadakan serbuan ke atas sindiket maksiat dalam talian di berbilang tempat di serata Singapura.



Ini termasuk kondominium, hotel dan unit kediaman di Geylang, Jalan Sultan, Cavenagh Road dan Balestier Road.



Komputer riba dan telefon bimbit dirampas semasa operasi itu dan siasatan sedang dijalankan, kata polis.



Dalam kenyataannya juga, polis berkata menggunakan flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) untuk tujuan maksiat dilarang dan pemilik flat boleh dikenakan saman atau flat mereka dirampas jika didapati terlibat dalam kegiatan itu.



Berkenaan pemilik flat yang menyewakan unit mereka, polis berkata:



“Pemilik flat berperanan penting untuk mencegah maksikat menular di estet kejiranan, dan mereka diingatkan supaya mengadakan pemeriksaan kerap ke atas penyewa untuk mencegah kegiatan maksiat daripada menular di estet kejiranan.”



“Penyewa yang didapati terlibat dalam kegiatan menyalaguna flat tidak akan dibenarkan menyewa flat HDB selama lima tahun.”



“Pemilik flat yang sengaja menyewakan flat mereka bagi kegiatan maksiat boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau didenda $3,000 atau kededuanya sekali.



Pesalah berulang boleh dipenjara sehingga lima tahun atau didenda $5,000 atau kededuanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >