Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FOKUS BERITA

Masyarakat tetap 'Raikan Ilmu' walau Covid-19 jejas aktiviti

Zaqy: Kegiatan dapat sambutan baik biarpun ada ditangguh, dipindah ke alam maya 
Oct 20, 2021 | 05:30 AM



Pelbagai aktiviti dapat dilakukan dan diikuti sepanjang bulan ini sempena acara Raikan Ilmu anjuran Yayasan Mendaki. Berita Harian melihat apakah antara aktiviti menarik sepanjang minggu lalu.



MESKIPUN beberapa aktiviti yang dianjurkan sempena acara Raikan Ilmu terpaksa ditangguh atau dialihkan ke dalam talian disebabkan pandemik Covid-19, beberapa kegiatan yang telah diadakan mendapat sambutan luar biasa daripada masyarakat Melayu/Islam.



Seramai 4,000 peserta terdiri daripada pelajar dan ibu bapa mereka mengambil bahagian dalam acara 'Membaca di Bawah Bintang' dan aktiviti lain sempena 'Minggu Membaca' Raikan Ilmu.



Dianjurkan Yayasan Mendaki secara tahunan, Raikan Ilmu berlangsung sepanjang bulan ini dan menawarkan aktiviti serta peluang pembelajaran kepada pelbagai lapisan masyarakat - daripada murid sekolah hingga orang dewasa yang sudah lama bekerja.



Mengulas mengenai sambutan yang diterima setakat ini, Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, yang juga timbalan pengerusi Mendaki, berkata masyarakat telah menyesuaikan diri dengan baik kepada pembelajaran dalam talian dan sambutan serta pendaftaran bagi lebih 40 acara dan aktiviti setakat ini menggalakkan.



"Meskipun sesetengah aktiviti terpaksa ditangguhkan atau dialihkan ke dalam talian disebabkan langkah pengurusan selamat, ia tidak mematahkan semangat masyarakat kita untuk terus belajar dan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang diadakan.



"Misalnya, kami menerima hampir 4,000 peserta yang terdiri daripada ibu bapa dan pelajar bagi acara 'Membaca di Bawah Bintang' dan 'Minggu Membaca'.



"Sambutan ini amat menggalakkan dan saya berterima kasih kepada rakan kerja prasekolah, pusat penjagaan pelajar dan rumah kebajikan kita yang memainkan peranan penting dalam mendekati para pelajar ini," ujar Encik Zaqy.



Acara 'Membaca di Bawah Bintang' pada 9 Oktober diadakan selama satu jam secara maya dan bertujuan memupuk cinta terhadap membaca dalam kalangan keluarga Melayu/Islam serta menggalak pembelajaran di mana sahaja, pada bila-bila masa.



Tahun ini, acara itu memberi fokus pada cara keluarga dapat merebut peluang untuk terlibat sama dalam pembelajaran anak-anak bagi meningkatkan pembangunan kanak-kanak tersebut.



Mempelajari ilmu baru dalam bentuk tarian tradisional juga disediakan pada 2 Oktober.



Dikendalikan rakan kerjasama Raikan Ilmu Sri Warisan Som Said Performing Arts Ltd, para pelajar dan belia berpeluang berjinak-jinak dengan tarian asli, inang, zapin, masri dan joget.



Mereka juga diperkenal kepada seni dikir barat.



Selain itu, bagi mereka yang mahu meneroka peluang pekerjaan dalam industri membangun, sebuah webinar bagi pencari pekerjaan dan pekerja dalam bidang kesihatan digital dan teknologi akan diadakan pada 28 Oktober.



Bertajuk 'Melebihi Pandemik: Penjagaan Kesihatan di Zaman Digital', webinar tersebut dianjurkan oleh Mendaki Sense.



Bengkel-bengkel bagi orang ramai memahami golongan berkeperluan khas juga antara sajian pilihan program sempena Raikan Ilmu tahun ini.



Anjuran Masjid Al-Islah, bengkel 'Li Taarafu' itu, yang diadakan pada 9, 10, 23 dan 31 Oktober, turut mengetengahkan strategi membantu kanak-kanak berkeperluan khas.



Menurut Encik Zaqy, Mendaki menjangka lebih ramai peserta bagi aktiviti-aktiviti lain yang telah dirancang hingga akhir bulan ini.



Ini termasuk Festival Pembelajaran, webinar Jump, yang menyediakan peluang latihan pekerjaan dan aktiviti tambahan lain.




"Meskipun sesetengah aktiviti terpaksa ditangguhkan atau dialihkan ke dalam talian disebabkan langkah pengurusan selamat, ia tidak mematahkan semangat masyarakat kita untuk terus belajar dan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang diadakan."
- Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, yang juga timbalan pengerusi Yayasan Mendaki.




Respons baik cermin semangat ingin belajar, pertingkat diri: Mendaki



LEBIH 175 orang yang sedang mencari pekerjaan menghadiri enam daripada 10 webinar dalam talian yang dijalankan sempena acara Raikan Ilmu anjuran Yayasan Mendaki sepanjang bulan ini.



Lebih 120 peserta pula mengunjungi pameran kerjaya dalam talian yang diadakan dari 15 hingga 21 Oktober.



Bagi webinar 'Supercharge Your Job Search' yang diadakan pada 6 Oktober, 31 peserta mengambil bahagian.



Webinar tersebut menawarkan sumber bermakna bagi mereka yang sedang mencari pekerjaan mempertingkat tahap keyakinan diri dalam pencarian mereka dan memperkukuh kemahiran mencari kerja.



Peserta belajar cara mengenal pasti pekerjaan dan permintaan kemahiran dalam sektor yang kian berkembang selain meneroka peluang pekerjaan relevan dengan menggunakan pelbagai platform mencari pekerjaan.



Topik itu sebahagian dairpada inisiatif Penasihat Kerjaya Mendaki Sense untuk mempersiap mereka yang sedang mencari pekerjaan dengan kemahiran asas mengenai strategi dan taktik mencari pekerjaan.



Itu semua sejajar tema 'Merebut Peluang' bulan Raikan Ilmu tahun ini.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mendaki, Cik Zuraidah Abdullah, berkata beliau amat terharu akan respons positif yang diterima.



"Saya amat terharu dengan penyertaan masyarakat, termasuk pekerja asing, terhadap webinar dalam talian oleh Mendaki Sense.



"Ini menunjukkan semangat ingin belajar sepanjang hayat selain mahu merebut peluang belajar dan mempertingkat diri.



"Saya gembira masyarakat akur akan kepentingan mempertingkat diri dan mahu meraih set kemahiran berbeza," ujar beliau.



Selain itu, webinar 'Career Acceleration' oleh LinkedIn yang diadakan pada 14 Oktober menarik 30 peserta.



Webinar itu menawarkan peserta dengan amalan terbaik, bimbingan dan panduan cara menonjolkan diri di LinkedIn.



Ia juga membantu peserta membangunkan rangkaian profesional bagi peluang kerjaya dan jenama peribadi dan memanfaatkan platform mencari peluang kerjaya.



Sebuah pameran dalam talian masih diteruskan hingga esok dan akan menampilkan lebih 1,000 kerja kosong dalam pelbagai sektor berkembang, seperti teknologi infokom, logistik dan khidmat profesional.



Orang ramai boleh mengakses Pameran Kerjaya #Jump di Findjobs dan aplikasi Cari Kerja yang boleh dimuat turun di Apple App Store dan Google Play.




KEGIATAN 



21 OKTOBER



- Aktiviti: Langkah Pencarian Pekerjaan Berjaya Menerusi Portal Pekerjaan

Anjuran: Mendaki Sense



- Aktiviti: Apakah pakaian terbaik untuk bermain basikal?

Anjuran: Stella Luna



22 OKTOBER



- Aktiviti: Perkembangan pesat Robotik dalam Automasi

Anjuran: Mendaki Sense



23 OKTOBER



- Aktiviti: Kemerduan Angklung

Anjuran: Sri Warisan Som Said Performing Arts Ltd



- Aktiviti: Let's Zapin

Anjuran: Sri Warisan Som Said Performing Arts Ltd.



24 OKTOBER



- Aktiviti: E-Playfest - Yummy Cheesecake

Anjuran: Yayasan Mendaki



- Aktiviti: e-Playfest - Water Wonderland

Anjuran: Yayasan Mendaki




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >