PENGUNJUNG The Mall Seletar boleh menjangka pelbagai promosi dan kegiatan apabila pusat beli-belah itu menyambut ulang tahun pertamanya dari Jumaat (20 Mei) hingga 28 Jun.
Pada Sabtu (28 Mei) depan, Karnival Starry di pusat beli-belah itu akan menampilkan penghibur kelana, kek cawan dan belon percuma, serta pertandingan baju tidur dari 7 hingga 10 malam.
Pada hari itu, bayi SG50 juga akan menerima bingkai gambar eksklusif. Mereka juga boleh mengambil bahagian dalam perlumbaan bayi SG50 dari 3 hingga 5 petang, dengan peluang memenangi hadiah berjumlah hingga $4,000 dan menerima beg cenderahati percuma.
Sepanjang beberapa bulan akan datang, pengunjung juga boleh menebus kotak pensil percuma dan edisi terhad payung The Seletar Mall dengan perbelanjaan minimum masing-masing $100 dan $200.
Beberapa kegiatan percuma bagi kanak-kanak semasa cuti sekolah Jun juga akan diadakan. Ini termasuk sesi lagu dan tarian pada 4 Jun, membentuk belon dan tatu perhiasan dari 20 hingga 29 Jun, dan seni pasir dari 23 hingga 26 Jun.
Mereka yang membelanjakan lebih $50 di pusat beli-belah itu juga boleh mengambil bahagian dalam cabutan bertuah.
Hadiah utama termasuk baucar beli-belah $1,000 Singapore Press Holdings dan pelayaran mewah tiga hari dua malam ke Melaka dan Kuala Lumpur bagi keluarga empat orang.
Bagi senarai penuh hadiah, sila layari www.theseletarmall.com/promotions