TONTON: Siri animasi tempatan 'Lil Wild'
SAMBUT Tahun Harimau dengan menonton Lil Wild, siri animasi komputer tentang sekumpulan watak haiwan 'remaja' yang tinggal di zoo.
Musim kedua ini memberi tumpuan kepada watak harimau putih bernama Meep, yang cuba mencari ayahnya yang hilang.
Untuk berbuat demikian, ia perlu keluar dari zoo dan pergi ke bandar.
"Siri ini membincangkan isu-isu alam sekitar yang tepat pada masanya dan penting, seperti pemburuan haram haiwan, dan ketegangan ideologi dunia sebenar, seperti hubungan antara teknologi dengan alam semula jadi," kata penulis dan editor pentauliahan siri itu, Encik Nicholas Oh.
Kanak-kanak juga akan mempelajari fakta-fakta yang menyeronokkan tentang hidupan liar.
Siri ini diarahkan oleh Sergio Delfino, peneraju animasi di sebalik filem popular The Lego Movie (2014) dan Happy Feet 2 (2011).
Lil Wild ialah program kanak-kanak okto Mediacorp pertama yang diperoleh Netflix, yang kini menstrim musim sulungnya.
Tonton musim kedua di meWatch dan Mediacorp okto di YouTube sehingga 27 Februari, yang disiarkan setiap Ahad 9 pagi di saluran okto on 5.
KEGIATAN: Kad Istimewa tunjukkan cinta kepada orang tersayang
FEBRUARI bukan hanya untuk meraikan Tahun Baru Cina; malah bulan untuk menyebarkan cinta.
Anda dan anak-anak anda boleh membuat kad istimewa untuk penduduk di empat rumah orang kurang upaya dewasa: THK Home for Disabled @ Sembawang, Chai Chee dan Eunos serta Moral Welfare Home.
Ini adalah daya usaha sukarelawan oleh gerakan tempatan Be Kind SG, yang berharap dapat mengumpul 500 kad buatan tangan daripada orang ramai.
Ia akan mengedarkannya kepada penduduk, yang akan gembira mengetahui bahawa mereka diingati dan disayangi, walaupun lawatan sukarelawan telah ditangguhkan kerana Covid-19.
Be Kind SG berkata ini adalah peluang yang baik untuk memperkenal sukarelawan kepada kanak-kanak kecil.
Dapatkan butiran tentang cara keluarga anda boleh mengambil bahagian dalam pembuatan kad di laman Facebooknya https://www.facebook.com/BeKindSG/.
LANGGAN: The Little Book Box oleh Lembaga Perpustakaan Negara
ANDA kini boleh melanggan perkhidmatan The Little Book Box Lembaga Perpustakaan Negara dengan bayaran lebih rendah apabila anda mengumpul buku daripada tempat loker Pick.
Perkhidmatan ini diperkenal untuk memberi kanak-kanak akses mudah kepada pelbagai tajuk fiksyen dan bukan fiksyen Inggeris serta membantu meluaskan pembacaan mereka.
Semasa percubaan perintisnya dari November 2020 hingga Januari 2022, buku-buku itu dihantar hanya ke depan pintu pelanggan yang melanggan khidmat tersebut.
Setiap tempoh langganan ialah tiga bulan dan berharga $32.10 untuk penghantaran ke rumah, atau $25.68 untuk pengambilan daripada loker.
Pilih kumpulan umur anak anda - empat tahun hingga enam tahun atau tujuh tahun hingga sembilan tahun - untuk menerima pilihan bulanan lapan buku yang dipilih oleh pustakawan.
Pendaftaran untuk langganan Februari hingga April tamat pada 15 Februari.
Butiran dan pendaftaran boleh dibuat dengan melungsuri https://www.nlb.gov.sg/NewsAnnouncement/tabid/225/announcementId/ 351/Default.aspx.