Subuh
5:56
Syuruk
7:13
Zuhur
1:17
Asar
4:26
Maghrib
7:19
Isyak
8:28
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Setempat0

Kegiatan udara seperti terbang layang-layang, dron tidak dibenarkan di sekitar Padang pada hujung minggu Hari Kebangsaan

Aug 08, 2019 | 09:55 AM

MENERBANGKAN layang-layang mahupun dron adalah antara kegiatan udara yang tidak akan dibenarkan di sekitar Padang semasa hujung minggu Hari Kebangsaan pada esok (9 Ogos) dan lusa (10 Ogos).

Penguasa Penerbangan Awam Singapura (Caas) berkata kegiatan udara lain yang akan  dilarang termasuk mengangkut belon terikat (captive belon) iaitu belon besar yang diameternya boleh diukur sehingga seluas dua atau tiga meter.

Larangan tersebut, yang akan berlangsung dari 5.30 petang hingga 8.30 malam pada dua hari itu, meliputi Padang dan kawasan di sekelilingnya, termasuk Rumah Parlimen, pentas terapung Marina Bay dan Sentosa.

Caas berkata kawasan sekitar Padang itu telah diisytiharkan sebagai tempat larangan sementara di mana kegiatan udara tidak dibenarkan bagi memastikan keselamatan awam dan pesawat yang akan terbang di tahap rendah, yang sebahagian daripada Perbarisan Hari Kebangsaan 2019.

Kawasan larangan sementara itu berlanjutan dari aras tanah hingga ke 600 kaki di atas paras laut. 

Berita Popular

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map