PEMERINTAH yang lebih telus, bertanggungjawab dan responsif adalah penting bagi Singapura dan calon-calon daripada empat parti pembangkang memberi keyakinan bahawa ini dapat dicapai dengan kehadiran mereka dalam Parlimen.
Mereka turut menekankan pentingnya Anggota Parlimen (AP) sepenuh masa yang dapat mendedikasikan masa mereka untuk berkhidmat kepada penduduk dan memastikan keprihatinan mereka, termasuk soal pekerjaan dan masa depan, disuarakan.